PELAWAK Along Cham memberi bayangan dia sudah kembali solo selepas sembilan bulan mendirikan rumah tangga dengan Afreena Suhaimi. Along atau Muhammad Nazimudin Ahmad, 42, memberitahu semua urusan di Mahkamah Syariah dipercayai membabitkan isu rumah tangganya sudah pun selesai. Malah pelawak itu turut meninggalkan tanda pagar 'Arbaie bujang kembali' iaitu merujuk kepada sebuah drama arahan Allahyarham Mamat Khalid yang ditayangkan menerusi slot Cerekarama TV3 pada tahun 2000. "Alhamdulillah selesai urusan Mahkamah Syariah. #Arbaie bujang kembali," kongsinya. Perkongsian Instastory milik Along mengenai status diri. Pun begitu, Along tidak berkongsi lebih lanjut mengenai perkara berkenaan sama selesai urusan memfailkan lafaz taklik atau pun sudah bercerai dengan Afreena. Sementara itu, usaha mStar mendapatkan kenyataan lanjut daripada Along tidak berjaya apabila pelawak itu tidak menjawab panggilan telefon. Sebelum ini Along mengejutkan ramai pihak apabila dia tampil di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya pada 28 Januari lalu bagi memfailkan lafaz taklik terhadap isterinya. ARTIKEL BERKAITAN: Hati sakit baca komen buruk fasal suami, Along Cham anugerah terindah buat isteri ARTIKEL BERKIATAN: [V] Along Cham dah tak boleh selamatkan rumah tangga, isteri menipu langgar 3 perjanjian Tindakan tersebut dibuat selepas sehari dia dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) oleh Mahkamah Sesyen Sepang daripada satu pertuduhan berkaitan pemilikan dadah jenis kanabis. Ketika bertemu media, Along mendakwa isterinya telah melanggar beberapa perjanjian dalam perkahwinan mereka. Untuk rekod, Along dan Afreena mendirikan rumah tangga pada 4 April 2024 dan ini merupakan perkahwinan kedua buat mereka. Pada 15 Disember tahun lalu, Along atau Muhammad Nizamuddin Ahmad, 42, ditahan pihak polis di rumahnya di Cyberjaya selepas dipercayai memiliki dua paket dadah jenis ganja. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!