suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki warga asing ditahan polis, bantu siasatan kes perbuatan lucah terhadap Aliff Syukri

Aliff mendakwa seorang lelaki cuba melakukan perbuatan lucah terhadapnya.

SEORANG lelaki warga asing ditahan pihak polis susulan kejadian melakukan perbuatan lucah terhadap usahawan Datuk Seri Aliff Syukri.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar, memaklumkan suspek berusia 30-an itu ditahan pada Sabtu bagi membantu siasatan.

aliff 2

Video yang dikongsi Aliff menunjukkan dia diganggu lelaki warga asing.

"Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil," katanya ringkas kepada media.

Aliff sebelum ini berkongsi video kejadian berkenaan yang berlaku di Kota Damansara pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri ketakutan, cemas lelaki tak dikenali datang sergah mahu buka zip seluar

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Aliff Syukri kongsi keadaan terkini Ira Kazar, pelik ramai tepuk tangan sahabat baik nak cerai

Menurut Aliff lelaki tersebut datang menghampiri keretanya dan bertindak membuka zip seluar di luar cermin kenderaan miliknya.

Lelaki tersebut juga dikatakan memegang pisau dan cuba menakutkan Aliff dalam insiden itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain