PENGARAH dan penulis skrip Anwar Rusdini mendakwa dia disingkirkan daripada pasukan Konsert Qalam oleh penyanyi Noraniza Idris yang bakal berlangsung di Panggung Bangsawan Melaka September depan.Anwar, 33, mendedahkan penyingkiran itu disebabkan dia sering mendesak agar wang deposit dibayat bagi hasil kerja penulisan skrip dan tugasan sebagai pengarah persembahan yang diamanahkan kepadanya. Kata Anwar, sehingga kini dia belum menerima sebarang deposit sebaliknya disingkirkan selepas beberapa kali meminta wang berkenaan.Anwar (kanan) bersama Noraniza ketika bekerjasama dalam persembahan Konsert Qalam."Bila saya serahkan quotation, dia (Noraniza) cakap nanti dia mesyuarat dahulu. Saya minta surat perjanjian pun dia berdalih."Sampai 6 Ogos saya tak terima sebarang pembayaran. Saya beritahu kepadanya saya tidak akan sambung kerja selagi wang pendahuluan tidak dibayar."Akhirnya dia singkirkan saya daripada pasukan persembahan," katanya ketika dihubungi mStar.ARTIKEL BERKAITAN: Noraniza Idris berusaha kurangkan berat badan, ‘warning’ suami jangan suapkan makanARTIKEL BERKAITAN: Poster Konsert Qalam disamakan dengan Tahun Baharu Cina, Noraniza Idris minta kaji sejarah MelakaDalam pada itu, Anwar memberitahu dia menerima tawaran untuk bekerjasama dengan Noraniza pada Julai lalu dan sudah menjalankan beberapa tugasan termasuk mencari tajaan dan menulis skrip."Mulanya saya dipanggil untuk tulis skrip bagi konsert Kak Ani (panggilan Noraniza) yang akan datang, selepas itu saya diletakkan pula sebagai pengarah persembahan."Sedikit demi sedikit, dia (Noraniza) bagi saya buat kerja-kerja pengurusan seperti cari tajaan, banyak jugalah kerja yang saya kena buat. Skrip pun dah buat drat tujuh kali."Tapi sampai masa saya minta deposit, dia melenting. Padahal memang itu prosedurnya, sepatutnya bayaran masuk dulu baru kita buat kerja," ujarnya.Anwar meluahkan kekecewaannya kerana kesal dengan apa yang berlaku dan berharap perkara ini menjadi pengajaran kepada semua pihak.Noraniza didakwa gagal membuat bayaran kepada Anwar.Dalam perkembangan berkaitan, Anwar berkata dia sudah membuat laporan polis pada Khamis di Balai Polis Pandan Indah untuk tindakan selanjutnya.Untuk info, Konsert Qalam Noraniza Idris yang dianjurkan oleh Tatih Seni Academy dengan sokongan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya akan diadakan selama tiga hari pada 27 hingga 29 September depan.Bagi mendapat penjelasan lanjut, mStar akan mendapatkan Noraniza untuk memberikan komen berkenaan dakwaan yang dibuat.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!