suria

“Jangan buat macam saya bermasalah” - Nabila Huda ‘basuh’ syarikat produksi putar belit isu hutang 

Nabila menegaskan tidak menerima sebarang bayaran hutang.

PELAKON Nabila Huda meluahkan rasa kesal dengan kenyataan putar-belit sebuah syarikat produski tentang bayaran untuk penglibatannya dalam sebuah drama.

Kata Nabila atau Nabila Huda Suhaimi, 40, pihak berkenaan dilihat seolah-olah sengaja mahu memburukkan namanya sedangkan masih ada bayaran tertunggak masih belum dijelaskan.

"Awak patut bersyukur saya dah halalkan. Rasa bersalah pun tiada, macam saya pula yang menipu dan memburukan syarikat. Awak jangan cuba menipu masyarakat dengan kenyataan selamat.

"Bila masa pihak syarikat pernah berbincnag? Awak cakap tiada kata sepakat dapat dibuat. Habis tu tak habis bayar lagi, kata sepakat apa?

Untitled design - 2024-03-25T130727.973

Kedua-dua pihak mengeluarkan kenyataan mereka menerusi Instagram.

"Yang mesej bertanya pun datang dari pihak saya," katanya.

Nabila menulis perkara itu di Insta Story miliknya pada Isnin merujuk kepada kenyataan produksi Wira Nusa Corporation selaku penerbit drama berjudul Pelangi Yang Hilang.

Tambahnya lagi dia sebelum ini telah bertanya tentang bayaran berkenaan sebulan selepas penggambaran drama tamat.

ARTIKEL BERKAITAN: Sudah amal sejak 15 tahun lalu, Nabila Huda belanja separuh gaji berlakon beli pakaian watak dalam drama

ARTIKEL BERKAITAN: Berharap timang anak kedua, Nabila Huda kerja keras untuk hamil... Tidak rancang buat IVF

"Tak cukup relaks ke saya ini lepas sebulan habis penggambaran baru bertanya status pembayaran claim? Janganlah buat macam saya ini bermasalah.

"Awak buka ruang untuk saya bertemu perjelaskan isu ini, sepatutnya awak kena sedar ruang sebab ada hutang yang belum diselesaikan.

"Saya ini wujud sebelum syarikat awak ada, jadi janganlah cuba nak putar belit untuk tegakkan benang yang basah," ujarnya.

Sebelum ini Nabila juga pernah mendedahkan syarikat berkenaan masih belum menjelaskan tuntutan bayaran (claim) untuk pembelian pakaian termasuk tol dan minyak.

Untitled design - 2024-03-25T130328.000

Nabila menjelaskan dirinya sudah menghalalkan hutang tersebut.

Pelakon itu dalam masa sama memberitahu dia juga terbuka hati untuk tidak lagi menuntut bayaran berkenaan.

"Untuk pengetahuan awak saya dah tak 'heran' lagi dengan suit itu semua. Sedekah sahaja kepada mereka yang memerlukan," jelasnya.

Sementara itu dalam satu kenytaan yang dimuat naik oleh produksi berkenaan di Instagram, pihaknya memaklumkan segala proses pembayaran telah dibuat.

Mereka juga sedia bertemu dan berbincang sekiranya masih ada isu berbangkit yang melibatkan barisan pelakon.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain