suria

Penyanyi Shidee direman pukul abang ipar, pengurus mohon biar polis buat siasatan

Shidee dikatakan sudah lama mempunyai perselisihan faham dengan abang iparnya.

PENYANYI era-80 Shidee adalah individu yang ditahan polis selepas didakwa memukul abang iparnya dalam kejadian di sebuah flat di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur pada Ahad.

Perkara itu disahkan sendiri oleh pengurus Shidee iaitu Fendy ketika dihubungi mStar pada Isnin.

Kata Fendy, dia mengetahui Shidee ditahan selepas menghubungi keluarganya namun tidak dapat memberi komen lanjut mengenai insiden tersebut.

"Ya, Shidee adalah individu yang ditahan polis semalam.

NP-151

Shidee direman polis sehingga 28 Mac 2024.

“Bagaimanapun saya tidak boleh berkongsi sebarang maklumat mengenai kejadian itu kerana masih dalam proses siasatan polis," katanya.

Dalam pada itu Fendy berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung Shidee ditangkap polis.

"Saya mohon orang luar tidak membuat sebarang spekulasi atau andaian sebab ia hanya akan memburukkan lagi keadaan.

"Biarlah pihak polis melengkapkan siasatan berhubung kes ini terlebih dahulu," jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Shidee mengaku ambil masa berbulan pulih hubungan dengan ibu mentua... Lega akhirnya perkahwinan dapat restu

ARTIKEL BERKAITAN: Shidee: Saya Tak Pernah Cintakan Ibu Mertua Saya

Sebelum ini, polis menahan artis veteran yang didakwa memukul abang iparnya selepas berlaku perselisihan faham.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan kepada media, penyanyi itu direman empat hari bermula hari ini hingga 28 Mac bagi membantu siasatan.

Difahamkan kejadian berlaku di rumah ibu mentua suspek dan bukan kali pertama mereka berselisihan faham.

Ya, Shidee adalah individu yang ditahan polis semalam.

FENDY

PENGURUS PERIBADI SHIDEE

Shidee dilaporkan memukul abang iparnya yang berusia 41 tahun menggunakan batang besi sehingga menyebabkan kecederaan.

Abang ipar kepada Shidee turut membuat laporan polis selepas mendapatkan rawatan di hospital.

Pada tahun 2010, Shidee pernah terpalit isu kontroversi berhubung perkahwinan yang tidak direstui oleh ibu mentuanya susulan jarak usia antara dia dan isterinya agak jauh.

Untuk rekod, Shidee dan Siti Fairunnisa Aziz berkahwin pada 1 Februari 2010 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain