suria

Nadeera hanya penyanyi ganti, terpaksa telan kemarahan peminat isu lagu ‘Astana’

Nadeera menggantikan Ernie dalam SFMM38.

ISU lagu Astana yang tercalon di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik ke-38 (SFMM38) terus hangat diperkatakan sehingga menimbulkan tanda tanya ramai.

Susulan perkara itu, Nadeera yang diundang sebagai menggantikan penyanyi asal iaitu Ernie Zakrie sedia menerima apa sahaja keputusan di sebalik kekecohan.

"Apa sahaja keputusan tentang pencalonan lagu itu di SFMM38 saya terima dengan baik," katanya ketika dihubungi mStar.

Nadeera hormati keputusan tentang pencalonan lagu di SFMM38.

Nadeera hormati keputusan tentang pencalonan lagu di SFMM38.

Tambah Nadeera dia juga sedia maklum akan niat Ernie yang mahu menarik diri sekiranya konflik berlaku gagal menemui jalan penyelesaian.

Baginya tawaran diterima sebelum ini adalah satu rezeki sebagai penyanyi dan pastinya mahu melakukan yang terbaik untuk lagu berkenaan.

"Saya diundang untuk menyanyikan lagu tersebut dan saya anggap ia sebagai satu rezeki dalam kerjaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ganti penyanyi dibuat tanpa pengetahuan, Ernie Zakri tak teragak-agak tarik diri dari SFMM38

ARTIKEL BERKAITAN: Rocketfuel sedia berbincang untuk Ernie Zakri nyanyi 'Astana' di SFMM38, ada sebab pilih Nadeera

"Pastinya saya mahu lakukan yang terbaik untuk lagu tersebut," ujarnya.

Menurutnya, dia tidak tahu isu lagu berkenaan ketika ditawarkan sebagai pengganti.

Sementara itu Nadeera turut mengulas tentang kecaman netizen yang kurang senang apabila namanya diumum sebagai pengganti Ernie.

Saya diundang untuk menyanyikan lagu tersebut dan saya anggap ia sebagai satu rezeki dalam kerjaya.

NADEERA ZAINI

PENYANYI

"Saya hormat Ernie. Dia seorang yang sangat berbakat.

"Saya terima sahaja apa orang nak cakap. Dia ada kelebihan dia dan saya ada kekurangan sendiri," jelasnya.

Sebelum ini, pengumuman Nadeera pengganti Ernie bagi menyanyikan lagu Astana mengejutkan ramai pihak terutama dalam kalangan peminat.

Nadeera akui Ernie seorang penyanyi berbakat besar.

Nadeera akui Ernie seorang penyanyi berbakat besar.

Menurut Ernie perkara yang menjadi halangan untuk dia mempersembahkan lagu tersebut disebabkan terdapat beberapa terma perbincangan yang belum selesai antara pihak Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dan Persatuan Penerbit Malaysia (MPA).

Sementara itu, RIM dan MPA dalam satu kenyataan pula berkata, mereka kini masih dalam rundingan bersama Media Prima mengenai terma dan syarat pencalonan lagu dalam program Muzik-Muzik yang disiarkan di TV3.

Ernie juga merupakan penulis lirik serta komposer lagu tersebut bersama Omar K, Shazriq Azeman serta Syamel.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain