suria

Perbicaraan kes amang seksual PU Azman disambung semula, hakim perintah prosiding secara tertutup 

PU Azman kelihatan ceria ketika hadir ke Mahkamah Sesyen Seremban pada pagi Jumaat.

HAKIM Mahkamah Sesyen Seremban Datin Surita Budin mengarahkan sambungan kes amang seksual melibatkan Pencetus Ummah (PU) Azman pada pagi Jumaat diadakan secara tertutup.

Surita turut mengarahkan semua yang tidak terlibat dengan kes berkenaan keluar selepas saksi ke-11 yang juga merupakan mangsa dipanggil memberi keterangan.

Azman atau Azman Syah Alias, 42, sebelum itu dilihat tenang ketika tiba di perkarangan mahkamah sekitar pukul 9 pagi ditemani barisan peguam yang mewakilinya.

Ceria ketika disapa pemberita sebelum masuk ke dewan, Azman sempat memberi salam dan bertanya khabar wakil media yang hadir membuat liputan kes tersebut.

azman1 - 1

Perbicaraan kes amang seksual melibatkan PU Azman diadakan secara tertutup.

"Sudah sarapan?" sapanya ringkas.

Azman diwakili peguam Mohamad Zahid Ahmad, Fahmi Adilan dan Norman Mohd Nasir.

Manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya Mohd Hadi Hakimi Harun, Goh Hsiao Tung dan Zahidah Zakaria.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ibu remaja buat pendedahan PU Azman minta anaknya ambil minyak di bilik atas dan sapu pada kemaluan

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Bapa sanggup hantar anak bermalam ke rumah PU Azman untuk dapat didikan agama... "Terkejut ustaz buat perkara sebegitu"

Azman didakwa atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai tahun lalu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa, remaja lelaki berusia 16 dan 17 tahun dengan cara melakukan perbuatan kelucahan melampau.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah tandas dan ruang tamu sebuah rumah di Taman Tiara Sendayan di Nilai, Negeri Sembilan.

Azman didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain