suria

[V] Bapa sanggup hantar anak bermalam ke rumah PU Azman untuk dapat didikan agama… “Terkejut ustaz buat perkara sebegitu”

BAPA kepada seorang mangsa gangguan seksual Pencetus Ummah (PU) Azman memberitahu Mahkamah Sesyen Seremban bahawa dia pernah menghantar anak lelakinya ke rumah selebriti itu untuk bermalam pada Februari 2022 yang terletak di Sendayan, Negeri Sembilan.

Menjawab soalan Timbalan Pendakwaraya kes berkenaan iaitu Husni Mohd Ramly, keputusan itu dibuat kerana dia sebagai bapa percaya PU Azman atau Azman Syah Alias, 42, boleh memberi didikan agama serta nasihat kepada anak lelakinya itu.

Malah mangsa yang ketika itu berusia 17 tahun juga diberi keizinan untuk bermalam di rumah Azman ketika itu selepas dia menghantar sendiri anaknya dari rumah mereka yang terletak di Klang, Selangor.

"Saya percaya Azman boleh bagi nasihat dan ilmu agama kepada anak saya. Saya minta dia (Azman) beri nasihat kepada anak saya.

"Saya hantar anak ke sana kerana dia sendiri yang mahu pergi (ke rumah Azman)," katanya.

WhatsApp Image 2023-07-24 at 11.13.41

PU Azman dilihat tenang dan ceria ketika hadir di Mahkamah Sesyen Seremban pada pagi Isnin.

Saksi pendakwa itu membuat pengakuan di hadapan Hakim Datin Surita Budin yang mendengar kes berkenaan pada Isnin.

Dalam pada itu, saksi sama memberitahu dia mengetahui perbuatan sumbang Azman selepas diceritakan oleh seorang guru sekolah yang turut mendakwa anaknya menjadi mangsa pendakwah tersebut.

Pertemuan dengan guru berkenaan pada 27 Ogos tahun lalu di sebuah hotel di Shah Alam telah membongkar perkara berkenaan sebelum dia bertindak membuat laporan polis pada 31 Ogos 2022.

ARTIKEL BERKAITAN: Perbicaraan kes amang seksual bermula, PU Azman sempat komen badan kurus - "Saya diet"

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Doakan Cik Man...” - PU Azman tenang hadir sebutan semula kes amang seksual di Seremban

Saksi, 54, memaklumkan pada mahkamah mangsa dan Azman pertama kali bertemu apabila pendakwah itu dijemput memberi ceramah motiviasi di sebuah sekolah kebangsaan.

"Saya terkejut perkara ini boleh berlaku sebab tak percaya ustaz boleh buat perkara begitu," katanya.

Sementara itu bapa mangsa mendakwa anaknya juga turut mengalami masalah tekanan susulan apa yang berlaku.

Selain itu remaja berkenaan turut meminta untuk menamatkan pengajian di kolej vokasional.

Pada 12 Oktober tahun lalu, PU Azman didakwa atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai tahun lalu.

1873119

PU Azman mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan amang seksual terhadap remaja lelaki.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa remaja lelaki berusia 16 dan 17 tahun dengan cara melakukan perbuatan kelucahan melampau.

Kesalahan itu dilakukan di tandas dan ruang tamu sebuah rumah di Taman Tiara Sendayan di Nilai, di sini pada 6 Julai 2022.

Seramai 12 saksi berkemungkinan akan dipanggil pihak pendakwaan bagi memberi keterangan termasuk doktor, ibu bapa, mangsa dan pegawai penyiasat.

Selain itu, PU Azman turut berdepan tujuh lagi pertuduhan berhubung kesalahan jenayah seksual yang didakwa dilakukannya terhadap dua kanak-kanak dan seorang remaja di Mahkamah Shah Alam, Klang dan Ampang.

Perbicaraan akan disambung petang Isnin.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain