suria

Isu perli pengacara lain sekadar bakar line, Elly Mazlein ada telefon Janna Nick

Janna Nick sentiasa mahu memberikan yang terbaik sebagai pengacara.

PENGACARA Janna Nick tidak mempunyai sebarang masalah dengan rakan selebriti iaitu Elly Mazlein susulan dakwaan memerlinya ketika mengacarakan program Famili Duo musim ketiga (FD3) minggu lalu.

Janna atau Nurul Jannah Muner, 28, berkata, Elly juga ada menelefonnya selepas insiden itu dan tidak wujud sebarang isu di antara mereka.

"Selepas daripada perkara (memerli) itu pun Kak Lina (panggilan Elly) ada menelefon saya... Kami berbual, tak ada isu.

janna1 - 1

Janna ketika ditemui di sidang media FD3.

"Sebagai rakan artis hubungan kami semuanya baik-baik sahaja... Saya dengan abang Nabil pun semua okay tak ada masalah," katanya kepada mStar.

Janna menjelaskan perkara itu ketika ditemui selepas selesai konsert minggu kedua FD3 yang berlangsung di Studio NTV7, Glenmerie Shah Alam pada malam Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Nasib Janna Nick dan Shila Amzah serupa, tak mudah galas tanggungjawab sebagai anak sulung - "Kita hanya sekadar pengantara"

ARTIKEL BERKAITAN: Tak fasal-fasal kena kecam kongsi bendera Israel, Baby Shima ada cara berbeza sokong Palestin

Sebelum ini, Janna didakwa memerli Elly yang menarik diri sebagai pengacara program All Stars Gegar Vaganza (ASGV).

Menjelaskan perkara itu, Janna berkata, sebagai pengacara dia mengikut arahan penerbit dan skrip disediakan.

Janna memberitahu dia juga tidak melihat apa dilakukan sebagai kesalahan malah FD3 turut mendapat rating tontonan yang tinggi.

Sebagai rakan artis hubungan kami semuanya baik-baik sahaja.

JANNA NICK

PELAKON/PENGACARA

"Sebenarnya perkara (memerli) itu memang ada dalam skrip tapi apabila kita bercakap secara kasual, saya tambah 'rasa' sikitlah.

"Secara peribadi kita memang tiada isu dengan mana-mana pihak. Dalam industri ini kita lebih mengenali sesama rakan artis.

"Bila bekerja kita kena ikut kehendak penerbit... Kalau penerbit nak minta kita 'bakar line' kita buat... Kalau penerbit suruh tone down, kita ikut cara baik.

janna2 - 1

Janna bergandingan dengan Izzue dalam FD3.

"Saya kena buat kerja dengan jujur dan ikhlas... kalau penerbit minta saya tukar cara penyampai 100 peratus, saya akan tukar," jelasnya.

Selain Janna, FD3 turut dihoskan Izzue Islam yang disiarkan setiap hari Ahad pukul 9 malam di TV3.

FD3 menampilkan enam pasangan duo termasuk Shila Amzah dan Amir Syafiq, Adira Suhaimi dan Emma Suhaimi, Ryan Bakery dan Adam Bakery, Syarif dan Syaiful Zero, Haqiem Rusli dan Ariff Bahran serta Fuad Rahman dan Tom.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain