suria

Persembahan dianggap tak sensitif, Mode Ruffedge pertahan tindakan nyanyi ‘Bila Rindu’ di perhimpunan Palestin

Mode tampil pertahan diri apabila dikecam.

ANGGOTA kumpulan Ruffedge iaitu Mode tampil mempertahankan diri susulan persembahan menerusi lagu Bila Rindu di perhimpunan aman solidariti terhadap rakyat Palestin pada Ahad mendapat kecaman.

Mode atau Syed Mohammad bin Syed Abdullah, 47, sebaliknya menjelaskan dia memilih lagu berkenaan bagi memperingati umat Islam yang berada di Palestin.

Mode menjelaskan lirik yang dinyanyikan itu bukan hanya memberikan satu maksud namun boleh ditujukan kepada rakyat di bumi bergolak itu.

Mode 3

Antara kecaman yang diterima.

“Saya cuma nyanyi empat baris. Kenapa tidak boleh? Saya rindu kepada saudara-saudara saya di Palestin, itu yang saya maksudkan.

“Bagi saya memang tiada masalah. Lirik lagu itu boleh ditujukan kepada rakyat di Palestin. Ubah lirik lagu itu ikut kesesuaian," katanya ketika dihubingi mStar pada Ahad.

Pada Ahad, Ruffedge menerima kecaman netizen susulan ramai beranggapan lagu itu tidak bersesuaian dengan tragedi yang sedang melanda negara bergolak itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Imbau kenangan lalu! Ruffedge bakal adakan konsert pada Ogos depan, Lah Ahmad tampil sebagai penyanyi undangan

ARTIKEL BERKAITAN: Kerinduan peminat bakal terubat, Ruffedge umum konsert jelajah ‘Ruffera That Moment In Time’ di Malaysia dan Singapura

Ada juga di antara peminat yang meluahkan kekesalan kerana kumpulan tersebut dianggap tidak sensitif terhadap isu sedang melanda umat Islam di sana.

"Yang aku tak boleh terima masa nyanyi lagu Bila Rindu atas pentas!

"Himpunan Palestin jadi himpunan Jom Heboh ke? Kenapa kena ada nyanyian?,” komen netizen.

Bagi saya memang tiada masalah. Lirik lagu itu boleh ditujukan kepada rakyat di Palestin.

MODE

PENYANYI

Sementara itu, kemarahan netizen lebih memuncak apabila aktiviti nyanyian dibenarkan manakala laungan takbir Allahuakbar dilarang pihak penganjur.

“Macam tidak kena lagu dengan program... Nak bertakbir pun dihalang, memang minta kena kecam penganjur ini.

“Ada persembahan Bila Rindu? Laungan Allahuakbar tqk boleh, menyanyi boleh pulak?,” kata netizen lagi.

Mode 1

Mode semasa perhimpunan aman Palestin pada Ahad.

Untuk rekod, perhimpunan tersebut dianjurkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) Viva Palestina Malaysia (VPM) dan Humanitarian Care Malaysia (MyCARE).

Orang ramai berkumpul di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur sejak pukul 9 pagi untuk menunjukkan solidariti terhadap rakyat Palestin.

Bukan sahaja warganegara dan juga umat Islam, malahan rakyat asing dan agama lain turut kelihatan menyatakan sokongan kepada perhimpunan yang bertemakan Freedom For Palestine itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain