suria

Awesome TV sepatutnya beroperasi sehingga Ogos 2025 di MYTV, bayaran dikenakan tidak adil

Awesome TV kesal dengan tindakan MYTV.

AWESOME TV mempertikaikan penggantungan stesen televisyen berkenaan menerusi platform MYTV susulan kedua-dua pihak masih dalam proses rundingan.

Stesen itu dalam satu kenyataan kepada mStar memaklumkan pihaknya sebagai syarikat pemula mendapat layanan tidak adil daripada MYTV.

Ia berikutan pihaknya dikenakan bayaran lebih tinggi berbanding stesen televisyen percuma lain untuk tempoh 30 bulan penggunaan platform MYTV.

awesome3 - 1

Awesome TV berharap MYTV akan memberi layanan yang sama rata terhadap stesen televisyen pemula.

Malah berdasarkan pembayaran yang dibuat, Awesome TV mendakwa masih boleh bersiaran hingga Ogos 2025.

Stesen televisyen swasta berkenaan juga turut dinafikan subsidi Suruhanjaya Komunikasi danMultimedia (SKMM) yang diberikan kepada pihak pengoperasi televisyen.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu komersial berterusan, MYTV gantung siaran Awesome TV

ARTIKEL BERKAITAN: Mahkamah Tinggi dengar kes saman Awesome TV terhadap Pencil Pictures, Ayu Puteh fail batal tuntutan RM142 juta

Sementara itu, Awesome TV turut berpandangan bayaran yang dikenakan MYTV tidak berbaloi memandangkan hampir 80 peratus daripada penonton mereka adalah daripada platform televisyen satelit.

Jumlah penonton MYTV dianggarkan hanya serendah tujuh juta orang berbanding jumlah penonton televisyen Malaysia sebanyak 23 juta orang.

Statistik tersebut berdasarkan data penonton digital TV oleh Badan Bebas Kaji Selidik Nielsen TV Audience Measurement yang diiktiraf oleh 'Malaysian Advertisers Association', 'MediaSpecialist Association' dan stesen televisyen.

Justeru itu, Awesome TV berharap MYTV akan memberi layanan yang sama rata seperti stesen televisyen swasta baharu yang lain agar keadilan ditegakkan.

Terdahulu, MYTV memaklumkan Awesome TV digantung penyiaran berkuatkuasa 2 November ini disebabkan isu pembayaran fi akses.

Menerusi sebuah kenyataan media, MYTV memaklumkan pelbagai usaha telah dilakukan kedua-dua pihak namun tidak bertemu jalan penyelesaian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain