suria

“Don't talk rubbish” - Bekas isteri Hafidz Roshdi dituduh tak bersyukur dapat RM100 nafkah anak, minta belajar tanggungjawab seorang bapa

Shuhada dituduh tidak bersyukur dengan nafkah yang diberi bekas suami.

BEKAS isteri Hafidz Roshdi dituduh sebagai seorang wanita tidak bersyukur susulan meluahkan rasa tidak puas hati hanya menerima nafkah RM100 untuk setiap anak mereka.

Menerusi komen netizen yang ditinggalkan di Instagram mStar, netizen meminta Nurul Shuhada Mat Shukri bersyukur kerana sekurang-kurangnya Hafidz tetap memberikan nafkah.

Dakwa netizen itu lagi, Shuhada juga sudah mempunyai kerjaya sendiri dan sepatutnya menggunakan keringat yang ada untuk bangkit demi kehidupan lebih baik.

Menjawab komen tersebut, bekas isteri pelakon itu memberitahu dia sudah banyak berkorban untuk membesarkan anak-anaknya.

shuhada1 - 1

Perkongsian Shuhada di Instastory miliknya.

Kata Shuhada, orang ramai tidak perlu mempertikaikan perkara itu kerana tidak memahami situasi sebenar yang dialami.

"Bila ada manusia yang suruh kita faham erti bersyukur, bila dia (netizen) tuduh saya tak gunakan kudrat (bekerja) untuk cari rezeki untuk anak-anak.

ARTIKEL BERKAITAN: Hafidz Roshdi culas bayar nafkah, bekas isteri dakwa beri RM100 untuk setiap anak

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Shuhada dah lama 'move on', kongsi foto lama dengan Hafidz Roshdi kerana nak tunjuk lemak badan

"Saya bukan setakat guna kudrat... untuk pengetahuan, saya gunakan segala apa yang ada untuk besarkan anak-anak.

"Don't talk rubbish la kalau awak sendiri tak pernah ada anak," katanya.

Shuhada berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Dalam pada itu, Shuhada juga mengingatkan netizen untuk tidak mempersoalkan rezeki dan meletakkan Allah SWT sebagai pengantungan hidup.

Malah, Shuhada turut meminta masyarakat untuk memahami erti tanggungjawab seorang bapa.

"Belajar untuk tahu apa erti tanggungjawab sebenar. Jangan persoal bab rezeki ditutup oleh seseorang? Rezeki daripada siapa bang? Dari Allah.

"Belajar letak penggantungan 100 peratus dekat Allah, belajar untuk letak Allah nombor satu... Jangan buat Allah murka. Selamat berjaya," ujarnya.

shuhada2 - 1

Shuhada bekerja keras untuk membesarkan anak-anak.

Sebelum ini menerusi temu bual bersama mStar, Shuhada mendedahkan Hafidz culas membayar nafkah buat anak-anak mereka dan hanya memberi wang sebanyak RM100 setiap seorang.

Kata Shuhada, ibu bapanya turut terpaksa mengeluarkan wang sendiri bagi membantunya membeli keperluan anak-anak.

Untuk rekod, Shuhada dan Hafidz sah bercerai pada 27 Julai lalu selepas mahkamah menetapkan lafaz yang dibuat oleh aktor berkenaan pada 22 Februari adalah mengikut hukum syarak.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah dan Umar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain