suria

Shila Amzah teruskan niat jual banglo… Perjelas identiti sebenar Icha, tiada kena mengena dengan kekasih adik

Shila tetap pendirian mahu menjual banglo miliknya.

PENYANYI Shila Amzah tetap dengan keputusannya mahu menjual banglo yang ketika ini didiami keluarganya di Hulu Langat, Selangor.

Shila atau Nurshahila Amir Hamzah, 33, berkata, proses itu akan dilakukan selepas isu melibatkan ahli keluarganya yang sedang hangat diperkatakan reda.

“Sha (Shila) memang akan kotakan apa yang Sha cakap.

“Saya dah ada rancangan yang bagus seperti yang semua tahu. Cuma tunggu masa saja untuk reda,” katanya.

s11

Shila tetap pendirian mahu menjual banglonya.

Peserta program Famili Duo musim 3 (FD3) berkongsi perkara itu sebagai menjawab soalan peminat di Instastory pada petang Khamis.

Sementara itu, dalam perkongsian yang lain pula Shila menjelaska identiti sebenar seorang kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Icha sering menjadi tanda tanya peminatnya.

Jelasnya, Icha tiada kaitan dengan kekasih adiknya iaitu Eiza sebaliknya sepupunya yang dijaga sejak kecil.

ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah beri tempoh sampai Jumaat, desak kekasih adik keluar dari banglo miliknya

ARTIKEL BERKAITAN: Isyarat hilang punca mikrofon Shila dan Syahir tak berfungsi, produksi Famili Duo 3 mohon maaf

"Icha ini anak saudara Sha (Shila), anak sepupu Sha dekat kampung. Tapi dari kecil memang rapat dengan keluarga kita orang.

"Bila umur dua tahun kita orang ambil keputusan jaga sebab adik beradik dia ramai... sekolah semua. Memang baik budaknya. Eiza itu tiada kena mengena," kongsinya.

Shila bagaimanapun tidak mengetahui hubungan sebenar adiknya bersama wanita berkenaan namun Eiza sentiasa ada di setiap acara keluarga sejak penceraian ibu bapanya.

Malah penyanyi Patah Seribu ini juga mengakui kurang selesa dengan sikap wanita berkenaan.

1231222

Shila jawab setiap pertanyaan peminat berhubung Eiza dan Icha.

Kemelut keluarga Shila dan Syahir menjadi perhatian selepas adik mereka, Syada Amzah mendakwa bakal dihalau keluar daripada kediamannya susulan banglo milik kakaknya itu bakal dijual selain sedang mencari rumah sewa.

Shila bagaimanapun menyangkal dakwaan dia mahu menghalau adik-beradiknya sebaliknya mahu menjual banglo tersebut kerana ingin membeli kediaman baharu lebih selesa buat ibu mereka.

Isu tersebut berlarutan apabila Syafiq pula mendakwa Shila tidak membuat sebarang perbincangan tentang keinginan menjual rumah tersebut.

Syafiq juga memberitahu banglo tersebut merupakan rumah pusaka yang menggunakan nama Shila sebagai pemilik selain memintanya menukar hak milik kediaman itu kepada nama ibu mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain