suria

Janna Nick ada pesan buat Baby Shima, mahu cipta kontroversi jangan guna isu sensitif

Janna tidak bersetuju dengan tindakan Baby Shima.

PELAKON Janna Nick bertindak meninggalkan komen di Instagram Baby Shima selepas memuat naik sebuah video menggunakan filter 'I Stand With Israel' kerana tidak gemar cara penyanyi itu mencipta kontroversi melibatkan isu sensitif.

Janna atau Nurul Jannah Muner, 28, berkata, sekiranya ingin mencipta kontroversi sebaik-baiknya jangan mengaitkan isu sensitif demi meraih perhatian ramai.

"Saya tidak suka dikaitkan dengan orang yang suka mengambil peluang untuk membuat kontroversi menggunakan isu sensitif dan mengaitkan orang lain.

shima2 - 1

Janna menasihatkan rakan artis untuk tidak mencetus kontroversi menggunakan isu sensitif.

"Macam saya, kalau nak buat kontroversi saya guna nama saya sendiri sahaja... Saya tidak akan mengajak satu Malaysia untuk kecam orang lain," katanya kepada mStar.

Janna berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media program Famili Duo musim ketiga (FD3) yang diadakan di Studio NTV7, Glenmarie Shah Alam pada malam Ahad.

Sebelum ini, Baby Shima atau Nor Ashima Ramli meraih perhatian di media sosial selepas memuat naik sebuah video menggunakan filter 'I Stand With Israel' di Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak fasal-fasal kena kecam kongsi bendera Israel, Baby Shima ada cara berbeza sokong Palestin

ARTIKEL BERKAITAN: Isu perli pengacara lain sekadar bakar line, Elly Mazlein ada telefon Janna Nick

Pun begitu, pada penghujung rakaman video tersebut menunjukkan penyanyi berkenaan menumbuk dan memijak bendera Israel sebagai tanda protes terhadap rejim zionis itu.

Bagaimanapun Shima dikecam kerana dilihat cuba bergurau tentang isu tersebut malah Janna turut menegur penyanyi tersebut dan memintany membuat hantaran sedemikian.

Saya tak suka orang yang membuat kontroversi dengan mengaitkan orang lain.

JANNA NICK

PELAKON/PENGACARA

"Stop buat content macam ini... Ia bukan satu gurauan. Terima kasih," tulis Janna.

Shima menerusi temu bual bersama mStar baru-baru ini menjelaskan dia mempunyai misi sama seperti umat Islam lain iaitu mengecam tindakan rejim zionis.

Namun dia ada cara tersendiri dalam menyampaikan bentuk sokongan supaya lebih ramai pengikut di media sosial mengutuk kekejaman Israel terhadap Palestin.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain