suria

Individu dakwa penerbit ‘Mat Kilau’ hutang RM150,000, Abdul Rahman yakin ada pihak cuba ambil kesempatan

Rahman (kanan) sedia dedahkan semua maklumat pembayaran.

PENERBIT filem blokbuster Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan iaitu Abdul Rahman Mat Dali tidak menolak ada pihak cuba mengambil kesempatan apabila membangkitkan isu bayaran tertunggak berhubung penggambaran karya berkenaan.

Abdul Rahman, 63, yang juga pengarah urusan Studio Kembara Sdn Bhd menyangkal dakwaan berkenaan sebaliknya menegaskan sudah menjelaskan semua bayaran tertunggak kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan filem arahan Syamsul Yusof tersebut.

Bagaimanapun jelas Abdul Rahman, pihaknya akan meneliti dakwaan terbabit serta menghimpunkan semua maklumat berkaitan dan akan mengambil tindakan susulan.

mat kilau 2

Filem arahan Syamsul ini turut menampilkan pelakon-pelakon hebat.

"Tidak mustahil mungkin ada unsur mengambil kesempatan. Setakat ini saya boleh katakan semua pembekal yang sah sudah dibayar.

"Bagaimanapun kami sedang mengumpul maklumat dan ada sesuatu yang menarik kami temui. Pihak kami akan kongsikan dalam masa terdekat," katanya kepada mStar.

Rahman menjelaskan perkara tersebut sebagai menjawab dakwaan seorang individu yang mendakwa pihak Studio Kembara gagal melunaskan tuntutan bayaran berjumlah RM150,000.

ARTIKEL BERKAITAN: Kutipan RM90 juta, penerbit ‘Mat Kilau’ hadiah pakej umrah untuk produksi dan biasiswa bantu anak yatim

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Filem prekuel ‘Mat Kilau’ dalam perancangan, tapi tanpa Syamsul Yusof dan Adi Putra

Dakwa individu berkenaan, bayaran tersebut adalah bagi perkhidmatan sebagai penyedia tapak, bekalan barang keperluan, binaan set penggambaran, katering dan penginapan ketika penggambaran filem berkenaan.

Menerusi satu temu bual, individu itu turut meluahkan rasa kecewa apabila pihak Studio Kembara gagal melunaskan janji mereka sedangkan Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan meraih kutipan cemerlang di pawagam iaitu sebanyak RM100 juta.

Tidak mustahil mungkin ada unsur mengambil kesempatan. Setakat ini saya boleh katakan semua pembekal yang sah sudah dibayar

ABDUL RAHMAN MAT DALI

PENERBIT

Individu tersebut mendakwa lagi, sepanjang penggambaran dijalankan pelbagai perminataan dibuat oleh pengarah termasuk membina set di lokasi sedangkan bajet tidak mencukupi.

Sementara itu, Abdul Rahman berkata, pihaknya sedia menerima akibat sekiranya individu terbabit mahu mengambil tindakan undang-undang atas dakwaan dilakukan.

mat kilau 3

Pembinaan set penggambaran Mat Kilau menelan belanja tinggi.

"Dalam perniagaan hubungan pembekal dan pembeli sangat mudah iaitu ada bekalan yang sah, wajib pembeli kena bayar.

"Jika pembeli gagal membuat pembayaran, maka tindakan undang-undang boleh diambil," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain