suria

PU Azman dituduh kali ke-10, kali ini amang seksual remaja 17 tahun di resort Hulu Langat

PU Azman berdepan dengan pertuduhan ke-10.

PENDAKWAH bebas PU Azman berdepan satu lagi pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun di Mahkamah Sesyen Ampang pada Rabu.

PU Azman atau Azman Syah Alias, 41, bagiamanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norhazani Hamzah.

Mengikut pertuduhan, Pu Azman didakwa melakukan kesalah tersebut di sebuah bilik resort di Hulu Langat pada waktu tengah hari pada 22 Julai lalu.

Jika disabitkan kesalahan, PU Azman boleh dihukum mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Ini merupakan pertuduhan jenayah kesepuluh yang dihadapi PU Azman selepas turut didakwa atas beberapa tuduhan sama di Mahkamah Sesyen Klang dan Mahkamah Sesyen Seremban sebelum ini.

IMG_20221218_224053_930

PU Azman pernah dituduh di Mahkamah Sesyen Seremban sebelum ini.

Menerusi prosiding tersebut, Timbalan Pendakwa Raya, Nohashimah Hashim memohon PU Azman tidak diikat jamin.

Bagaimanapun, peguam bela tertuduh, Mohamad Zahid Ahmad, berkata, jaminan perlu diberikan kerana ia penting bagi anak guamnya menyediakan pembelaan terbaik untuk kes tersebut.

Pihak pembelaan meminta jaminan diberikan kepada tertuduh malah percaya tiada alasan luar biasa bahawa mahkamah dengan budi bicaranya tidak boleh membenarkan jaminan.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Doakan Cik Man...” - PU Azman tenang hadir sebutan semula kes amang seksual di Seremban

ARTIKEL BERKAITAN: PU Azman berdepan hukuman sebat jika sabit kesalahan, didakwa 3 lagi pertuduhan baharu

"Ia memandangkan tertuduh memberi kerjasama yang baik terhadap kes berkenaan serta mengikut prosiding dan syarat mahkamah ditetapkan sebelum ini.

"Saya dengan rendah diri mohon jaminan paling minimum diberikan selepas Mahkamah Klang membenarkan tertuduh diikat jamin RM24,000, manakala RM40,000 di Mahkamah Seremban.

"Syarat sama ditetapkan oleh mahkamah sebelum ini iaitu melaporkan diri pada minggu pertama setiap bulan di Balai Polis Rantau serta dilarang mendekati mangsa dan saksi pendakwaan, selain pasport ditahan di Mahkamah Seremban dan perkara itu diikuti Mahkamah Klang.

"Kakak tertuduh hadir dan sedia menjadi penjamin. Rayuan jaminan rendah juga kerana pendapatan tertuduh terjejas teruk untuk menanggung diri dan adik-beradik lain yang tak bekerja," katanya.

313378311_1249540179224213_3200516897100535337_n

PU Azman mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan.

Dalam pada itu, Norhasimah berkata jaminan tinggi perlu diberikan jika mahkamah membenarkannya bagi menunjukkan tahap keseriusan pertuduhan itu.

"Kita mahu memastikan kehadiran tertuduh di mahkamah. Jaminan tinggi mengambil kira kes amang fizikal yang menarik perhatian umum. Mohon syarat tambahan iaitu tertuduh tidak mengganggu saksi pendakwaan," katanya.

Hakim kemudian menetapkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan iaitu melaporkan diri di balai polis berdekatan pada setiap satu hari bulan, dilarang mendekati mangsa dan saksi pendakwaan.

Selain pasport antarabangsa miliknya diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai dibicarkan.

Mahkamah menetapkan 10 Februari tahun depan bagi sebutan semula kes. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain