suria

Yazmin Aziz jawab tuduhan tinggal sebilik dengan kekasih di Langkawi, bukan berdua tapi keluarga turut serta

yazmin2

PENYANYI dan pelakon Yazmin Aziz menafikan dakwaan kononnya dia tidur sebilik dengan kekasihnya iaitu pemain bola sepak pasukan The Red Warrior, Nixon Guylherme ketika bercuti di Pulau Langkawi baru-baru ini.

Menjelaskan perkara itu, Yazmin atau Yazmin Aldwin Abdul Aziz, 21, berkata, percutian di pulau itu bukan hanya mereka berdua sebaliknya turut ditemani oleh ahli keluarganya.

Justeru kata Yazmin tidak timbul isu bersekedudukan atau tinggal sebilik dengan Nixon seperti didakwa segelintir pihak.

yazmin2

Yazmin menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-21.

"Bukankah begitu jelas kami tidak bercuti bersendirian? Ibu bapa dan adik-beradik turut bersama saya," katanya menerusi hantaran di Instagram Story miliknya pada Jumaat.

Sementara itu dalam nada sarkastik pada hantaran sama, Yazmin memberitahu orang ramai perlu mengetahui tentang perkara tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Bahagia bercinta dengan pemain bola sepak dari Brazil, Yazmin Aziz disangka wanita Latin

ARTIKEL BERKAITAN: Yazmin Aziz cemas berdepan gempa bumi 7.3 magnitud di Filipina, berlari keluar bilik hotel selamatkan diri

"Orang ramai perlu tahu tentang hal ini dan selamat hari jadi untuk saya," tulis bekas peserta program realiti Big Stag musim keempat itu.

Isu berkenaan timbul selepas Yazmin memuat naik video di TikTok ketika bercuti di Pulau Langkawi bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-21.

Bagaimanapun, video itu telah menerima komen kejam daripada netizen yang bertanya sama ada pasangan itu menginap di bilik berasingan memandangkan mereka dilihat berdua-duan di pulau peranginan berkenaan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain