suria

“Ketika itu saya belum kahwin” - Cium pipi Jay Iswazir dalam ‘Abang Long Fadil 3’, Elizabeth Tan dedah bukan teknik kamera

Lizzy memberitahu babak cium pipi dengan Jay tidak menggunakan teknik kamera.

BABAK bercium pipi antara pelakon Elizabeth Tan dan Jay Izwazir dalam filem Abang Long Fadil 3 antara yang menjadi perbualan penonton yang hadir ke tayangan perdana filem berkenaan pada Jumaat lalu.

Mengakui babak tersebut dilakukan tanpa teknik kamera, Elizabeth atau mesra disapa Lizzy menjelaskan ia sekadar ciuman di bahagian pipi dan bukannya bibir bagi menjayakan salah satu babak bersama Jay.

Malah sebelum melakukan babak itu, Lizzy memberitahu sudah meminta kebenaran Jay dan aktor itu bersetuju.

"Itu babak sebenar dan bukan teknik kamera. Ia hanyalah untuk adegan itu sahaja sekadar satu babak dalam filem.

Lizzy 2

Lizzy teruja dapat berlakon dalam filem aksi.

"Jay juga tiada masalah untuk saya mencium pipinya. Lagipun ketika itu saya belum berkahwin," katanya.

Filem arahan Syafiq Yusof ini menampilkan Zizan Razak sebagai pelakon utama yang membawa watak Fadil selain gandingan hebat Johan, Maya Karin, Kazar Saisi, Shuib dan Datuk AC Mizal.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak campur urusan peribadi, Syafiq Yusof sifatkan ketiadaan Kazar ke previu ‘Abang Long Fadil 3’ enggan cetus kontroversi

ARTIKEL BERKAITAN: Kutip RM8 juta dalam 4 hari, ‘Air Force The Movie: Selagi Bernyawa’ bakal masuk pawagam Korea Selatan, Jepun dan Taiwan

Diberi peluang berlakon filem aksi, Lizzy berharap ia membuka lebih banyak peluang untuk dia terus terlibat dalam genre sebegini.

“Saya harap filem ini dapat beri saya lebih banyak peluang untuk melakonkan watak aksi. Mungkin ramai tak tahu saya minat dan boleh berlakon genre begini.

DSCF0592

Abang Long Fadil 3 turut menggandingkan Zizan Razak dan Johan.

“Saya ada bercakap dengan Syafiq untuk hasilkan filem Abang Long Fadil 4 selepas ini. Harap impian saya itu dimakbulkan.

Bagi membuktikan dirinya serius dan memberi komitmen penuh, Lizzy sedia untuk menjalani latihan intensif agar dapat mempamerkan aksi lebih menarik dalam filem akan datang.

“Saya sedia memasuki latihan intensif jika diberi peluang kerana saya memang hendak belajar cara berlakon dalam filem aksi.

“Saya tak pernah putus asa nak berlakon filem aksi walau lebam teruk selepas berlakon Abang Long Fadil 3. Saya rasa seronok berlakon,” jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain