suria

Tak pernah kata enggan sertai promosi ‘Mat Kilau’ di Jakarta, komen sokong Adi Putra punca nama Johan As'ari digugurkan?

Johan As'ari cukup mengagumi kredibiliti Datuk Adi Putra sebagai pelakon.

PELAKON Johan As'ari tidak pasti sama ada komen terhadap isu Datuk Adi Putra dan pihak penerbit filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan menjadi punca namanya digugurkan daripada senarai rombongan promosi karya itu di Jakarta, Indonesia pada 26 Ogos ini.

Kata Johan, ketika meninggalkan komen berkenaan dia tidak pernah memberitahu enggan menyertai promosi ke negara Republik tersebut sebaliknya hanya menyatakan rasa berat hati sekiranya Adi tidak mahu ikut serta.

"Saya cakap berat hati, alangkah bagusnya kalau Abang Kilau ada waktu itu. Tiada pula saya kata tidak mahu pergi.

"Saya sentiasa menyokong keputusan dibuat Adi kerana saya sudah anggapnya sebagai abang yang banyak mengajar dan mendidik saya dalam bidang lakonan," katanya kepada mStar.

Johan New Pix

Johan terkilan apabila namanya digugurkan daripada senarai rombongan ke Jakarta.

Johan ditemui pada tayangan perdana filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa yang berlangsung pada Isnin.

Sebelum ini, tindakan Johan yang meninggalkan komen menerusi hantaran dibuat Adi tentang kemarahannya terhadap pihak Kembara Studios Sdn Bhd yang didakwa gagal dihubungi seolah-olah mendapat sokongannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak jawab 11 panggilan wakil penerbit, Adi Putra masih terkilan dan tetap pendirian enggan ke Indonesia promosi ‘Mat Kilau’

ARTIKEL BERKAITAN: Wakil penerbit ‘Mat Kilau’ sudah hubungi Adi Putra sejak semalam tapi tidak berjawab... Minta penjelasan enggan ke Jakarta

"Kalau Abang Kilau tidak hadir ke malam gala filem Mat Kilau di Jakarta, Yasin (nama watak Johan) berat hati untuk ke majlis tersebut," tulisnya.

Pada acara sama, Adi ketika ditemui media memaklumkan tetap dengan pendiriannya untuk tidak menyertai rombongan ke Jakarta kerana masih rasa terkilan dengan sikap pihak Kembara Studios Sdn Bhd.

Adi

Adi tetap dengan pendiriannya enggan ke Jakarta.

Dalam pada itu, Johan mengakui berasa terkilan apabila dia dimaklumkan oleh pengurus namanya digugurkan untuk menyertai aktiviti promosi Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan di Jakarta.

Kata Johan, dia tertanya-tanya mengapa pihak berkenaan menggunakan perkataan menggugurkan dan menganggap ia sebagai tindakan tidak profesional.

"Mungkin ada perkataan lebih indah yang boleh digunakan. Tidak profesional tetapi tidak mengapa saya tidak pergi," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain