suria

Tak jawab 11 panggilan wakil penerbit, Adi Putra masih terkilan dan tetap pendirian enggan ke Indonesia promosi ‘Mat Kilau’

Adi tetap dengan keputusan enggan ke Jakarta promosi Mat Kilau.

PELAKON Datuk Adi Putra memberitahu masih belum berkomunikasi dengan pihak Kembara Studios Sdn Bhd meskipun telah menerima panggilan balas sebanyak 11 kali sebelum ini.

Adi berkata, dia tidak menjawab panggilan dibuat oleh wakil syarikat produksi itu kerana masih berasa terkilan apabila panggilan telefonnya kepada pihak berkenaan tidak dilayan namun sudah memaafkan kemelut yang melanda mereka.

"Saya terima 11 panggilan daripada pihak mereka namun saya tidak jawab kerana rasa terkilan.

adi putra 3

Adi sudah maafkan segala masalah yang berlaku dengan pihak Kembara Studio.

"Sebelum itu saya ada cuba menghubungi mereka tetapi tiada jawapan. Bagaimanapun sya berlapang dada dan memaafkan mereka tetapi sehingga kini belum berhubung lagi.

"Kita manusia tidak sempurna, sebagai pelakon saya telah menjalankan tanggungjawab seperti mana dalam kontrak. Namun dalam rasa gembira ada juga timbul perasaan lain seperti rasa terkilan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Mat Kilau’ mengamuk... Adi Putra berang Kembara Studio gagal dihubungi, enggan sertai promosi filem di Jakarta

ARTIKEL BERKATIAN: Wakil penerbit ‘Mat Kilau’ sudah hubungi Adi Putra sejak semalam tapi tidak berjawab... Minta penjelasan enggan ke Jakarta

Adi berkata demikian ketika ditemui pada sidang media majlis tayangan filem terbaharu lakonannya berjudul Air Force The Movie: Selagi Bernyawa yang berlangsung pada Isnin.

Minggu lalu, Adi ada memuat naik hantaran di Instagram mendedahkan cubaannya menghubungi wakil Kembara Studios Sdn bhd tidak berjawab dan dalam nada sindiran mahu menghadiahkan telefon agar mudah berurusan dengan pihak berkenaan.

Saya masih berpegang kepada prinsip tidak akan hadir ke sana melainkan ada permintaan daripada pihak penganjur di Indonesia

DATUK ADI PUTRA

PELAKON

Bagaimanapun penerbit Abdul Rahman Md Dali ketika hubungi mStar menepis dakwaan itu dan menjelaskan sudah menelefon Adi namun tiada jawapan.

Abdul Rahman juga tidak mengetahui punca sebenar aktor itu bersikap demikian kerana sebelum ini hubungan mereka baik tanpa masalah.

Adi dalam hantaran sama turut memaklumkan tidak akan menyertai promosi filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan di Jakarta, Indonesia pada 26 Ogos ini.

adi putra 1

Adi tampil dalam filem baharu berjudul Air Force The Movie: Selagi Bernyawa.

Sementara itu, Adi tetap dengan pendiriannya untuk tidak ke Jakarta melainkan jika ada permintaan daripada pihak penganjur di negara berkenaan.

"Saya masih berpegang kepada prinsip tidak akan hadir ke sana melainkan ada permintaan daripada pihak penganjur di Indonesia.

"Bagi saya, apa yang diperkatakan sebelum ini adalah kerana perlu bersikap profesional dan bercakap benar. Bagaimanapun saya mendoakan agar Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan mendapat sambutan baik di sana," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain