suria

Caprice mahu lawan, jawab tuduhan Ebit Lew - “Air mata dan kopiah tu tidak boleh selamatkan kamu lagi dah”

Caprice turut berkongsi mesej perbualannya dengan Ebit Lew bertarikh 1 Julai lalu.

RASA sakit hati dengan sikap personaliti dakwah Ebit Lew dan kecaman berpanjangan orang ramai akhirnya membawa kepada tindakan balas penyanyi rap Caprice.

Menurut Caprice atau Ariz Ramli, 33, langkah berdiam diri bukan lagi pilihan terbaik sebaliknya dia kini tampil mempertahan serta menjawab pelbagai tuduhan Ebit yang disifatkan sebagai fitnah.

"Caprice tidak boleh berdiam lagi dah. Terlalu banyak ugutan diterima... jadi terpulang la. Kita akan explain satu per satu dan pertahankan tuduhan.

ARTIKEL BERKAITAN: Caprice tolak, tepis pelukan Ebit Lew? Ini jawapan Caprice...

"Fitnah adalah jenayah dalam Islam, lagi teruk daripada membunuh. InsyaAllah in the end, you will see and understand why I am hurt and why selama ni satu Malaysia kena tipu.

"Air mata dan kopiah tu tidak boleh selamatkan kamu lagi dah," katanya menerusi perkongsian terbaharu di Instagram pada Rabu.

cap mesej ebit

Antara mesej perbualan yang didedahkan Caprice di Instagram.

Menerusi posting yang dilabelkan sebagai 'fitnah 1', Caprice memuat naik rakaman audio penjelasan Ebit baru-baru yang mendakwa penyanyi berkenaan menolak dan menepis ketika mereka sedang bersalaman dan berpelukan selepas mengadakan pertemuan di Mesir.

Bukan itu sahaja, Caprice turut berkongsi tangkap layar mesej perbualan menerusi aplikasi WhatsApp bertarikh 1 Julai lalu yang antara lain berkaitan pertanyaan kebenaran untuk berkongsi video pertemuan mereka.

Tiada apa yang mencurigakan menerusi perbualan berkenaan kerana masing-masing berbalas teks dan emoji dalam suasana kemesraan.

Satu Malaysia maki Caprice sedangkan ustaz sendiri yang beritahu dalam hotel yang ustaz terpaksa buat muka sedih dan melutut.

CAPRICE

PENYANYI RAP

Dalam pada itu Caprice turut menyentuh tentang isu penafian Ebit berhubung dakwaan Caprice sebelum ini bahawa pendakwah berkenaan terpaksa melutut dan mencium kaki menteri di Palestin.

"Tentang isu melutut... apa dia janji kepada Caprice di hotel dan apa yang berlaku di Gaza buatkan Caprice sakit hati, semua akan dijawab.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"I am sorry but I cannot take caci dan maki anymore sementara orang-orang kuat susun strategi untuk sembunyi Caprice," katanya.

Untuk rekod Caprice dituduh cuba mengada-adakan cerita selepas Ebit membuat penjelasan terbuka berhubung pertemuannya dengan seorang menteri tempatan di sana.

TONTON VIDEO PENJELASAN EBIT LEW!

Susulan itu difahamkan Caprice menerima kecaman daripada orang ramai kerana didakwa berbohong.

Bagaimanapun menerusi siri pendedahan kali ini, Caprice turut berkongsi mesej yang dihantar kepada Ebit di Instagram pada Sabtu, dipercayai bertarikh 24 Julai iaitu dua hari selepas pendakwah berkenaan membuat kenyataan media.

"Salam ustaz, minta tolong ustaz sendiri jelaskan tentang isu melutut tu.

"Satu Malaysia dah maki caci Caprice sedangkan ustaz sendiri yang beritahu dalam hotel yang ustaz terpaksa buat muka sedih dan melutut.

"Tak payah beritahu details, hanya bab itu sahaja. Caprice dah tak nak bergaduh, dah tak nak masuk campur," katanya seperti yang tertulis pada tangkap layar berkenaan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain