suria

Sambut raya bersama, Neelofa dan ahli keluarga 2 jam beri keterangan kepada polis

Ahli keluarga Neelofa beri keterangan dakwaan langgar SOP sambutan raya baru-baru ini.

SUSULAN dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) sambutan Aidilfitri lalu, pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa dan ahli keluarga hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, Kuala Lumpur pada petang Selasa.

Kesemua mereka tiba menaiki kenderaan Toyota Alphard berwarna putih pada kira-kira pukul 2.50 petang dan beredar kira-kira pukul 5.40 petang.

ARTIKEL BERKAITAN: Sambut raya bersama, Neelofa sekali lagi disiasat polis

Selain Neelofa, turut kelihatan ialah bapa tiri Neelofa, Datuk Abdul Halim Khan Lall Khan.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Anuar Omar dalam satu kenyataan berkata, seramai 10 orang ahli keluarga termasuk selebriti terbabit dan suaminya hadir dalam proses merakam keterangan petang Selasa.

“Mereka semua memberi kerjasama dengan baik kepada polis dan siasatan lanjut sedang dijalankan," ujarnya.

Video ini dikongsi netizen melalui laman sosial Twitter. Kes masih dalam tindakan penyiasatan polis.

ANUAR OMAR

KETUA POLIS DAERAH BRICKFIELDS

Terdahulu, Anuar dilaporkan berkata, polis menjalankan siasatan susulan satu laporan polis dibuat kira-kira 10.25 malam Isnin selepas tular video keluarga itu merakamkan sambutan Aidilfitri di kediaman mereka di Pinggiran Zaaba, Taman Tun Dr Ismail.

Video yang tular di media sosial.

Selain Neelofa, turut kelihatan dalam video berkenaan adalah Nabila dan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin serta anaknya, Engku Aleesya, ibu Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed dan suaminya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sebelum ini, Neelofa, 32, dan ahli keluarganya dikompaun dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM60,000 atas alasan kegagalan mematuhi SOP penganjuran majlis sosial serta melanggar kebenaran rentas negeri.

Bukan itu sahaja, Neelofa dan Haris juga sedang disiasat berhubung dakwaan melanggar SOP Covid-19 dengan merentas negeri untuk membeli karpet di Nilai 3, Negeri Sembilan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain