suria

MK K-Clique dituduh larikan duit? Bekas PA licik ambil ‘job’ belakang... guna taktik jual nama perdaya mangsa

MK melahirkan rasa kesal apabila bekas pembantu peribadi menggunakan namanya untuk menipu wang daripada mangsa.

ANGGOTA kumpulan K-Clique iaitu MK meluahkan perasaan kesal dengan perlakuan bekas pembantu peribadinya (PA) yang didakwa melarikan wang selepas menerima tawaran kerja tanpa pengetahuannya.

Susulan itu MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan, 25, tampil memohon maaf di atas perlakuan individu tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Alhamdulillah! MK K-Clique pula terbuka hati sertai tabligh, belajar agama... mula tanggal rantai, gelang emas

"Assalamualaikum, pertama sekali saya ingin meminta maaf dengan semua pihak yang terlibat.

"Saya baharu dapat tahu isu tentang bekas PA saya yang ambil job di belakang saya. Isu ini daripada tahun lalu.

Entri pertama yang dimuat naik MK sebelum ia dipadam.

"Sudah la sebar fitnah yang saya bawa lari duit anda. Untuk sahabat yang saya percaya Mohd Hazeeq @ Kojek, terima kasih banyak sebab mengkhianati aku," katanya dalam satu entri di media sosial miliknya,

Dalam entri itu juga, MK turut meninggalkan satu nombor telefon bagi memudahkan mangsa yang terlibat berhubung bagi menyelesaikan permasalahan yang timbul.

Namun, selepas beberapa jam, MK dilihat memadam posting berkenaan dan menggantikan dengan sebuah lagi entri terbaharu beserta kapsyen bertulis, 'Assalamualaikum, Alhamdulillah'.

Entri terbaharu yang dimuat naik MK.

"Sekali lagi saya minta maaf. Terlalu banyak pihak yang tak sepatutnya terlibat, (sudah) terlibat.

"Jadi kes ini antara saya serta Kojek dan kerjasama sepenuhnya telah diberikan.

"Alhamdulillah, kami settle kes ini antara kami. Terima kasih banyak," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain