suria

Aliff Syukri batal sidang media tergempar penjelasan dakwaan pukul anak angkat, jemputan dibuat tanpa pengetahuan

Aliff Syukri didakwa dera anak angkatnya.

USAHAWAN kosmetik kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri membatalkan sidang media tergempar yang sepatutnya berlangsung kira-kira pukul 3 petang Khamis pada saat-saat akhir.

Difahamkan sidang media berkenaan dibuat bagi menjelaskan mengenai satu laporan polis terhadapnya berhubung dakwaan memukul anak angkat.

Namun wakil usahawan itu menerusi aplikasi WhatsApps memberitahu perancangan untuk mengadakan sidang media itu dibuat tanpa pengetahuan Aliff.

ARTIKEL BERKAITAN: Usahawan kosmetik pukul anak angkat untuk ‘content’ media sosial? Polis terima aduan, siasatan sedang dijalankan

"Majlis sidang media bersama Aliff Syukri yang dijadualkan berlangsung petang ini dibatalkan kerana dirancang tanpa pengetahuannya.

Aliff dan isteri bersama Aminah.

"Pada awalnya pengurus Aliff yang mahu sidang media ini diadakan, jadi ia dibatalkan kerana kes tersebut masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa," tulisnya.

Terdahulu Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

Pada Rabu, Harian Metro melaporkan mangsa yang berusia dua tahun dipukul dengan menggunakan tangan dan kasut serta dicubit sehingga meninggalkan kesan pada badannya.

Beberapa gambar serta video kecederaan Aminah dikongsi pengguna laman sosial.

Suspek dikatakan memukul mangsa yang menangis ketika dia sibuk merakam video untuk kandungan YouTube miliknya.

Bagaimanapun sehingga kini, Aliff belum memberikan sebarang kenyataan berkaitan isu terbabit.

Sementara itu ruangan komen di Facebook rasmi penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu turut dibanjiri dengan pertanyaan netizen yang mahukan penjelasan tentang isu terbabit.

"Betul ke Datuk pukul Ameena? Sebab nak live ke sanggup pukul?

"Kasihannya, sampai hati Datuk pukul Ameena, siap ada report polis lagi," tulis netizen.

aliff syukri

Artikel Berkaitan

Artikel Lain