suria

Bekas pemandu tidak muncul mohon maaf, Che Ta teruskan tindakan undang-undang

Rozita bersama peguamnya dan suami pada sidang media yang diadakan Jumaat lalu. Foto AZLINA ABDULLAH

PELAKON Rozita Che Wan akhirnya terpaksa bertindak meneruskan tindakan undang-undang selepas bekas pemandunya gagal tampil membuat permohonan maaf seperti dituntut pada Jumaat lalu.

Peguam Rozita, Wan Sarimah Wan Husain dari firma guaman CSQlaw ketika dihubungi berkata, pihaknya sedang menyediakan surat cara tuntutan terhadap Muhammad Riduan Mohamad Mizol, 21, sebelum ia difailkan.

"Berikutan keengganan dia membuat permohonan maaf seperti dituntut tempoh hari, saya bersama anak guam (Rozita) sudah pun berbincang untuk mengambil tindakan undang-undang selanjutnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas pemandu dituntut minta maaf! Che Ta beri masa sehingga 6 petang

ARTIKEL BERKAITAN:  “Pemandu bukannya hamba abdi” - Riduan enggan mohon maaf kepada Che Ta

"Buat masa ini kami sedang menyediakan surat cara atau dokumen sebelum ia diteruskan," katanya kepada mStar Online.


Riduan enggan memohon maaf kepada Che Ta. 

Bagaimanapun kata Sarimah, pihaknya akan memaklumkan mengenai tindakan undang-undang yang diambil kemudian.

Pada Jumaat lalu, Rozita atau Che Ta memberi tempoh sehingga pukul 6 petang kepada Riduan untuk membuat permohonan maaf kepadanya berhubung isu tidak mendapat gaji baru-baru ini.

Che Ta memberitahu dia memberi peluang kepada Riduan berbuat demikian kerana tidak mahu memanjangkan isu itu dan ingin menyelesaikannya dengan baik.

Malah pelakon Kiah Pekasam itu memberi kelonggaran kepada pemuda itu sama ada ingin bertemu dengannya atau membuat permohonan maaf itu di laman sosial miliknya.

Bagaimanapun Riduan enggan berbuat demikian dan tindakan undang-undang terpaksa diteruskan.

Sebelum ini, pihak peguam Che Ta sudah menghantar notis tuntutan bertarikh 11 Mac lalu kepada Riduan namun tidak mendapat sebarang respons daripada Riduan.

Dalam satu kenyataan kepada mStar sebelum ini, Riduan berkata dia enggan memohon maaf kerana tindakkannya membangkitkan isu tidak dibayar gaji sehingga ia menjadi tular bulan satu kesalahan.

Rozita Che Wan, Che Ta

Artikel Lain