suria

Bekas pemandu dituntut minta maaf! Che Ta beri masa sehingga 6 petang

PELAKON Rozita Che Wan memberi tempoh sehingga pukul 6 petang Jumaat untuk bekas pemandunya, Muhammad Riduan Mohamad Mizol, 21, membuat permohonan maaf secara terbuka kepadanya berhubung isu tidak mendapat gaji minggu lalu.

Rozita atau Che Ta, 46, berkata, dia berharap Riduan tampil membuat permohonan maaf itu sama ada bertemu dengannya atau menerusi laman sosial kerana enggan memanjangkan isu itu.

“Pihak kami sebelum ini sudah menghantar notis tuntutan untuk dia membuat permohonan maaf namun tiada sebarang maklum balas sehingga sidang media ini diadakan.

“Pun begitu saya tetap memberinya peluang sehingga pukul 6 petang ini untuk dia tampil membuat permohonan maaf itu sama ada bertemu saya sendiri atau membuat kenyataan di laman sosial miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau betul saya terlelap, kita dah tak sampai ke Johor” - Tegur bekas pemandu buat Che Ta

ARTIKEL BERKAITAN: RM2,000 dah bayar dan bakal saman pemandu... Che Ta dedah nyawa dalam bahaya ketika ke Johor

ARTIKEL BERKAITAN: “Pemandu bukannya hamba abdi” - Riduan enggan mohon maaf kepada Che Ta

“Saya tidak mahu memanjangkan isu ini dan sebolehnya ingin menyelesaikan dengan baik tanpa perlu mengambil tindakan seterusnya,” katanya.

Riduan sebelum ini dengan keputusannya enggan memohon maaf terhadap Che ta.

Che Ta ditemui pada sidang media di sebuah hotel berhubung isu itu yang diadakan pada pagi Jumaat.

Turut hadir suaminya, Zain Saidin dan dua peguamnya, Wan Sarimah Wan Husain.

Sebelum ini Riduan enggan memohon maaf seperti dituntut pelakon drama Kiah Pekasam itu dengan alasan kesalahan itu bukan berpunca daripadanya.

Minggu lalu, nama aktres itu panas apabila Riduan menerusi Facebook mendakwa Che Ta tidak membayar gajinya sebanyak RM2,000.

Pemuda itu turut memuat naik perbualan menerusi Whatsapp dengan pembantu peribadi Che Ta dikenali sebagai Nani dalam usahanya menuntut haknya.

Dalam respons segeranya, Che Ta memberitahu sudah menjelaskan wang tersebut namun kesal dengan tindakan Riduan yang didakwa mengeluarkan kata-kata fitnah bagi menjatuhkan reputasinya sebagai selebriti.

Rozita (dua dari kanan) bersama suami, Zain Saidin dan peguamnya dalam satu sidang media pada Jumaat.

Dalam pada itu, Wan Sarimah berkata, sekiranya Riduan tetap enggan membuat permohonan maaf seperti diminta, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

“Jika pihak Riduan tetap berdegil bagi menyelesaikan perkara ini secara baik kami akan teruskan dengan tindakan undang-undang.

“Bagaimanapun buat masa ini kami belum memutuskan apa tindakan tersebut kerana bagi isu ini banyak saluran dan kaedah boleh digunakan.

“Apa-apa pun buat masa ini kami berharap Riduan tampil atau buat permohonan maaf di laman sosialnya,” katanya.

Tambah Wan Sarimah, pihaknya pada 11 Mac lalu pernah menghantar notis tuntutan permohonan maaf kepada Riduan namun tidak mendapat sebarang respons.

Sementara itu, Che Ta berkata, kontroversi itu telah membuatkannya berada dalam keadaan tertekan ekoran fitnah yang dilemparkan telah menjatuhkan reputasinya.

“Saya amat kesal dengan pelbagai tuduhan dilemprkan termasuk dengan sengaja tidak mahu membayar gaji beliau dan berniat menganiaya beliau,” ujarnya.

Rozita Che Wan, Che Ta, Riduan

Artikel Lain