suria

Atikah masih sayang... Jangan terus hentam Awi Rafael

KETIKA banyak pihak terus membuat spekulasi berhubung kisah pembatalan majlis perkahwinan, pelakon Atikah Suhaime tampil mempertahankan bekas tunangnya, penyanyi Awi Rafael.

Menerusi posting di Instagram, Atikah meminta orang ramai tidak menjadikan Awi sebagai sasaran berhubung isu berkenaan.

"Walaupun sedih kerana majlis perkahwinan kami dibatalkan, saya lebih kecewa kerana ramai pihak menghentam orang yang saya sayang (Awi Rafael) di Instagram.

"Anda tidak boleh berbuat demikian kerana tidak mengenalinya secara peribadi," katanya pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan rancang nikah pada tarikh hari jadi”- Atikah tayang kek dan baju pengantin

ARTIKEL BERKAITAN: “Niat dihati untuk membina masjid, menutup aib dia yang dulu” - Awi Rafael batal nikah Atikah Suhaime Ahad ini

Majlis perkahwinan Atikah dan Awi sepatutnya berlangsung pada Ahad ini di Singapura, namun ia dibatalkan pada saat-saat akhir.

Mereka sepatutnya bernikah pada Jumaat sempena ulang tahun kelahiran Atikah yang ke 28 tahun.

Awi menyatakan dia terpaksa menarik diri daripada rancangan perkahwinan tersebut namun bapa Atikah, Suhaime Jamali berkata dia yang bertanggungjawab membatalkan majlis itu demi kepentingan anak perempuannya.

Selain itu menerusi video yang sama, Atikah yang kelihatan positif dan ceria berkata Awi adalah seorang lelaki yang baik serta sering menjaga nama baik dia dan keluarganya.

"Saya lebih mengenalinya dan dia menjaga saya dengan baik sebagai tunang malah menjaga nama saya dan keluarga.

"Jadi tiada siapa antara anda boleh memberikan kata-kata tidak baik tentang dia," katanya.

Tanpa memberikan sebarang penjelasan berhubung pembatalan majlis perkahwinan dia dan Awi, Atikah bagaimanapun berkata tiada siapa harus dipersalahkan dalam hal tersebut.

"Tolong berhenti membenci antara satu sama lain. Ia cuma takdir yang perlu kita terima.

"Nampaknya tiada jodoh antara kami. Jadi lebih baik sebarkan kasih sayang, saya sayang anda semua," katanya.

Atikah Suhaime, Awi Rafael

Artikel Lain