“Bersihkan nama saya!” - Baby Shima terkejut dikaitkan dengan aktiviti pelacuran di Indonesia

Baby Shima terkejut apabila gambarnya dipaparkan dalam sebuah program televisyen di Indonesia berkaitan aktiviti pelacuran dalam talian di negara itu. Foto Instagram @babyshimaofficial

PENYANYI Baby Shima terkejut apabila gambarnya digunakan dalam laporan program hiburan sebuah stesen televisyen di Indonesia berhubung enam artis yang didakwa terlibat aktiviti pelacuran dalam talian di negara itu.

Shima atau Nor Ashima Ramli, 27, menegaskan dia sama sekali tidak terlibat dalam aktiviti tidak bermoral itu dan kecewa apabila gambarnya digunakan sehingga menimbulkan salah faham dalam kalangan peminat.

"Hari ini saya agak kecewa dan terkejut... Saya dapat berita daripada pihak pengurusan foto saya terpampang di salah satu program TV padahal saya tidak terlibat dalam jenayah pelacuran itu.

"Saya berharap yang kenal diri ini tidak salah faham dan dapat membantu untuk membersihkan nama saya kerana ia memberi impak buruk kepada saya.

"Sampai saya dapat mesej daripada pengikut Instagram yang bertanya harga perkhidmatan yang pada saya sangat menjijikkan," katanya.

Shima menuntut namanya kembali dibersihkan.

Detik News pada 11 Januari lalu melaporkan pihak berkuasa mendedahkan nama enam artis wanita yang didakwa terlibat aktiviti pelacuran secara dalam talian.

Enam artis tersebut adalah Maulia Lestari, Fatya Ginanjarsari, Riri Febianti, Aldira Chena, Tiara Permata Sari dan Baby Shu yang disalah anggap sebagai Baby Shima.

Sebelum ini pihak berkuasa mendedahkan dua artis Vanessa Angel dan Avriellia Shaqqila didakwa terlibat dalam aktiviti persundalan itu.

Dalam pada itu, Shima berkata, dia berharap pihak berkenaan dapat membersihkan kembali namanya memandangkan ia telah mencalarkan reputasinya sebagai artis.

"Shima berharap pihak berkenaan dapat membersihkan kembali nama saya selain membuat permohonan maaf kepada saya.

"Apabila ia disiarkan di televisyen orang akan percaya walaupun ia sama sekali tidak benar dan itu membuatkan saya kecewa," katanya.

Carian mStar berhubung video itu mendapati ia telah dipadam daripada saluran Youtube stesen TV itu.

Sementara itu, Shima berkata, dia akan bertemu dengan wartawan di Jakarta bagi menjelaskan situasi sebenar pada petang Jumaat.

Babyshima

Artikel Berkaitan

Klik

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Artikel Lain