suria

“Bukan salah Haneesya Hanee, tapi saya gagal didik anak” - Ibu

Haneesya Hanee bersama ibunya.

IBU bekas juara Dewi Remaja 2018/2019 Haneesya Hanee iaitu Nor Sakuraneeda memohon maaf atas perbuatan anaknya yang mencetuskan kontroversi selepas video gadis itu meminum arak di kelab malam tersebar di Internet.

Nor Sakuraneeda menerusi laman Facebooknya berkata, apa yang berlaku adalah kesilapannya yang gagal mendidik anaknya, selain terlalu inginkan kesempurnaan.

"Saya sebagai ibu Haneesya memohon ampun dan maaf kerana anak saya membuatkan semua orang kecewa. Tapi itu bukan salah dia, itu salah saya sebagai ibu yang tak pandai mendidik anak.

ARTIKEL BERKAITAN: Pesta arak... Haneesya Hanee mengaku salah, gelaran juara Dewi Remaja dilucutkan

ARTIKEL BERKAITAN: “Susah sikit nak sertai ratu cantik antarabangsa sebab kita Islam” - Juara Dewi Remaja, Haneesya Hanee


Ibu Haneesya Hanee memohon maaf atas perbuatan anaknya.

"Saya terlalu menekan agar dia tidak ulangi kesilapan yang pernah saya lalui dalam hidup. Haneesya telah lakukan kesilapan yang sukar diterima oleh semua orang," ujarnya.

Pada Isnin lalu, video sebilangan peserta Dewi Remaja sedang berpesta minum arak tersebar di laman sosial.

Perkara tersebut menjadi tular sehingga penganjur program Nu Ideaktiv membuat keputusan menarik balik gelaran tersebut kepada Haneesya Hanee manakala peserta lain yang terlibat dalam pesta berkenaan turut dilarang menggunakan jenama Dewi Remaja. 

Dalam pada itu, Nor Sakuraneeda berkata, kesilapan yang dilakukan Haneesya disebabkan terlalu tertekan dengan kehidupan menjadi anak kepada ibu yang mahukan kesempurnaan.

Nor Sakuraneeda mohon beri ruang kepada Hanee.

"Dia anak yang baik dan tidak pernah abaikan tanggungjawabnya sebagai seorang anak.

"Dia hanya menjadi mangsa ibunya yang terlalu inginkan kesempurnaan," ujarnya.

Dia turut meminta masyarakat memberi masa dan ruang kepada dia dan anaknya untuk membetulkan kesilapan tersebut.

"Beri masa untuk saya perbaiki kesilapan mendidik dia.

"Allah bukan sengaja menegur dia dengan keras tapi kerana Allah sayang dia dan saya agar tak leka jadikan dia malaikat dan dia tidak leka jadi syaitan," ujarnya.

Artikel Lain