suria

Sunting gambar bogel rupanya kerja individu dari India, Jaclyn Victor tetap ambil tindakan

Jac;yn mahu ambil tindakan tegas.

PENYANYI Jaclyn Victor percaya individu yang menyebarkan fitnah tentang dirinya di media sosial bukan perbuatan rakyat negara ini.

Jaclyn atau Jaclyn Joshua Thanaraj Victor, 47, berkata, selepas menyelidik beberapa berita palsu itu daripada laman web berbeza ia dipercayai perbuatan seseorang berasal dari India.

"Semua yang hantar tangkap layar mengenai berita palsu itu daripada laman web berbeza. Saya cuba cari laman web tersebut tetapi tiada.

jac_2

Tindakan pihak tidak bertanggungjawab sebar berita palsu tentang Jaclyn. 

"Kalau betul itu iklan, sudah pasti ada seseorang bayar sebab iklan bukannya percuma.

"Semua maklumat saya bandingkan untuk memastikan sama ada ia di bawah nama yang sama. Rupa-rupanya ia perbuatan seseorang dari negara India," katanya kepada mStar.

Jaclyn berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media pelancaran album terbaharunya ‘Glorious’ yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Melampau guna AI sebar berita ditangkap polis, Jaclyn Victor hilang sabar bakal ambil tindakan 

ARTIKEL BERKAITAN: Jaclyn Victor dihina kerja di kelab malam, konsert solo pertama hadiah selepas 20 tahun bergelar penyanyi

Dalam pada itu, Jaclyn memberitahu dia sedang dalam proses mengumpul semua bukti sebelum mengambil tindakan lanjut.

Walaupun individu itu berada di luar negara, Jaclyn tetap akan membuat laporan polis dan menghubungi pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengambil tindakan lanjut.

"Buat masa sekarang saya kena kumpulkan semua tangkap layar yang diberikan orang ramai.

Laporan polis dan SKMM saya tetap akan buat walaupun individu itu tidak berada di Malaysia

JACLYN VICTOR 

PENYANYI

"Saya kena cetak semua tangkap layar itu untuk dijadikan bahan bukti.

"Laporan polis dan SKMM saya tetap akan buat walaupun individu itu tidak berada di Malaysia," katanya.

Sebelum ini, Jaclyn meluahkan rasa kesal apabila namanya dikaitkan terlibat dengan kes jenayah.

Lebih memalukan apabila wajahnya disunting pada foto wanita berbogel yang digari polis.

jac_11

Jac tampil dengan album baharu berjudul Glorious. 

Dalam perkembangan lain, album ‘Glorious’ yang memuatkan sembilan buah lagu dilancarkan bagi meraikan ulang tahun ke-20 Jaclyn sebagai penyanyi.

Tidak hanya memuatkan tujuh buah lagu berbahasa Melayu, Jaclyn memberitahu Glorious turut menampilkan dua karya berbahasa Inggeris khas buat peminat.

Ini termasuk versi berbahasa Inggeris lagu ikonik Jaclyn iaitu Gemilang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain