suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rumah dipecah masuk pencuri, Saif Ali Khan parah ditikam 6 kali

Saif ditikam sebanyak enam kali ketika bergelut dengan penceroboh rumahnya.

BINTANG Bollywood Saif Ali Khan cedera parah selepas ditikam sebanyak enam kali ketika bergelut dengan pencuri yang memecah masuk kediamannya di Mumbai, India pada awal pagi Khamis.

Hindustan Times melaporkan Saif, 55, salah satu tikaman hampir terkena tulang belakang dan aktor tersebut sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital.

NP - 2025-01-16T132600.529

Difahamkan penyerang mula memasuki bilik kedua-dua anak Saif.

“Salah satu kecederaan terkena berhampiran tulang belakangnya dan tajap kerosakan itu hanya akan diketahui selepas pembedahan,” kata wakil hospital.

Penyerang Saif bagaimanapun berjaya melarikan diri dan pihak polis sedang giat memburu suspek.

Dalam pada itu, wakil isteri Saif iaitu Kareena Kaapor memberitahu suspek pada awalnya dikesan memasuki bilik tidur anak-anak pasangan berkenaan iaitu Jeh dan Taimur.

ARTIKEL BERKAITAN: Saif Ali Khan ‘pening kepala’ kena layan penyewa rumah mengadu paip bocor, penghawa dingin rosak

ARTIKEL BERKAITAN: Kareena Kapoor bongkar rahsia suami, katanya Saif Ali Khan tak pernah ganti pakaian... Selesa sarung baju berlubang

Kejadian sekitar 2 pagi itu hanya disedari Saif yang terbangun akibat terdengar bunyi bising.

Apa lebih pelik, pihak pengawal keselamatan langsung tidak menyedari suspek masuk ke dalam kawasan apartment.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain