suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga remaja di India ditahan rancang culik diri sendiri, mahu dapat wang tebusan jumpa BTS

Tiga remaja bertindak merangcang penculikan berkenaan demi bertemu BTS.

TIGA remaja di Maharashtra, India ditahan selepas merancang penculikan diri mereka sendiri dengan menuntut wang tebusan untuk bertemu anggota kumpulan BTS.

Hindustan Times melaporkan penculikan tersebut dirancang dalam usaha mengumpul wang untuk menampung perbelanjaan mereka ke Korea Selatan.

Menurut pihak polis daerah Dharshiv, mereka menerima panggilam daripada seorang individu mendakwa terlihat tiga remaja diculik menggunakan van di hadapan sebuah sekolah.

Copy of Untitled (86)

Remaja berkenaan kini berjaya ditahan dengan bantuan orang awam.

Namun selepas menjejaki keberedaan remaja berkenaan, polis mendapati mereka rupa-rupanya dalam perjalanan ke daerah Pune untuk mencari kerja.

Lebih mengejutkan, tindakan tiga remaja terbabit langsung tidak diketahui oleh ibu bapa mereka.

Polis berjaya menahan tiga remaja berusia daripada 11 hingga 13 tahun dengan bantuan orang awam yang berada di dalam bas yang sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Jimin (BTS) ‘naik pangkat’ sebagai tentera elit, tunjuk dedikasi sepanjang berada dalam kem latihan

ARTIKEL BERKAITAN: Jimin BTS tanggung rugi RM318,000, baik hati tolong Lee Jin Ho langsai hutang judi

"Kami menghubungi rakan setugas di sana dan meminta bantuan seorang wanita untuk menurunkan tiga remaja itu dari bas.

"Pasukan kami dan ibu bapa tiga remaja itu hadir ke balai polis pada hari yang sama," katanya.

Selepas siasatan, mereka mengakui bertindak sedemikian demi memenuhi impian bertemu anggota kumpulan tersebut yang bakal selesai menjalani latihan ketenteraan tidak lama lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain