suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Baby Emon is on the way” - Syasya umum hamil anak sulung

Syasya gembira berkongsi berita hamil anak sulung.

SELEPAS hampir lima bulan mendirikan rumah tangga, penyanyi Syasya berkongsi khabar gembira dirinya kini hamil anak sulung.

Syasya atau Nursyasya Afiqah Shahrizal, 23, memaklumkan berita gembira itu dengan memuat naik beberapa gambar petunjuk termasuk foto bersama suami Nasrullah Mohd Sapie.

Dalam beberapa keping gambar yang dikongsi tertera poster yang menunjukkan 'baby Emon is on the way'.

syasya 2

Syasya ada cara tersendiri kongsi kehamilan.

Selain itu mereka juga dilihat memegang poster tertulis 'iya kami bakal dapat anak'.

Sementara itu menerusi ruangan kapsyen, Syasya secara ringkas mengucap syukur atas kehamilan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Nampak ‘baby bump’ ketika bersanding, Syasya belum hamil... Berat badan naik sebab bahagia

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Suami Syasya rupanya kawan baik abang, barang kemas RM5 juta curi perhatian

"Alhamdulillah," tulisnya.

Untuk rekod Syasya dan Nasrullah disatukan dalam upacara akad nikah pada 20 April lalu.

Sebelum itu Syasya juga mengejutkan ramai peminat apabila dia memaklumkan pengunduran daripada kumpulan Dolla.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain