suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Elfira Loy selalu kongsi perkara baik di media sosial buatkan Sweet Qismina terbuka hati ikut kelas agama

Sweet terbuka hati ikuti kelas agama kerana selalu lihat perkongsian Elfira di media sosial.

TERTARIK dengan perkongsian positif yang sering dimuat naik pelakon Elfira Loy di media sosial membuatkan Sweet Qismina terbuka hati untuk menghadiri kelas ilmu agama.

Mengucapkan terima kasih kepada Elfira, Sweet atau Farhanna Qismina Supandi, 27, berkata, dia sudah lama menyimpan hasrat mengikuti kelas berkenaan namun tidak kesampaian kerana kekangan masa.

"Alhamdulillah, terima kasih Elfira selalu kongsi yang baik-baik di media sosial. Sampai terbuka hati saya nak cuba pergi kelas (agama).

size NP 1 - 2024-07-23T141910.867

Sweet berkongsi foto dia dan Elfira ikuti kelas agama bersama.

"Selalu nak pergi tapi bercanggah dengan waktu kerja," katanya menerusi Instastory miliknya pada petang Selasa.

Dalam pada itu, Sweet berkata dia seronok mengikuti kelas agama berkenaan dan mahu menyertainya lagi pada masa akan datang.

Malah, dia akan berusaha menyusun jadual sebaiknya bagi memastikan dapat menyertai program agama sedemikian.

ARTIKEL BERKAITAN: Jatuh 10 kali, akan bangkit kali ke-11... Sweet Qismina tak baca komen pedas, dah minta maaf kepada 2 peserta Bintang Kecil 2023

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Adam Lee dan Sweet Qismina sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz

"Tapi betul, kalau benda baik tak akan tak boleh susun masa kan?

"Nak pergi lagi kelas seterusnya," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain