suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Personaliti bagai langit dengan bumi, Leona minta masa 2 bulan ubah kembar jadi influencer - “Dia pemalu orangnya”

Leona mahu melihat Rees mengikuti jejak langkahnya.

NAMA personaliti media sosial Kasih Iris Leona sering menjadi perhatian ramai bukan sahaja kerana karakternya yang bersahaja dan bijak mencuit hati pengikutnya di media sosial.

Berlawanan dengan personaliti kembarnya iaitu Andika Rees Pahamin, Leona, 24, memberitahu abangnya itu memang seorang pemalu dan tidak aktif di media sosial.

Bagaimanapun katanya, perkara itu bakal berubah apabila dia berazam 'membuang' sikap pemalu Rees dengan menjadikannya sebagai seorang influencer dalam tempoh dua bulan.

"Kembar saya tak aktif di media sosial sebab saya dia agak pemalu orangnya.

Copy of Untitled - 2024-06-18T111930.808

Leona mengakui karakter kembarnya sedikit pemalu.

"Tapi saya dah cakap dekat dia yang saya nak latih dia jadi seorang influencer.

"Jadi sepanjang tempoh dua bulan ini dia kena ikut saja semua benda yang saya buat," katanya.

Leona berkongsi perkara tersebut menerusi temu bual podcast di Instagram MyAudioPlus.

Bercerita mengenai Rees, Leona memberitahu kembarnya itu bukan sahaja pemalu tetapi seorang yang lemah lembut.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak kembar Azhar Sulaiman cemerlang SPM, bakal ambil jurusan undang-undang

ARTIKEL BERKAITAN: Kenyataan Azhar Sulaiman bukan cermin pendirian anak, Leona sendiri tak faham pemikiran bapanya

Karakter itu kata Leona berlawanan dengan dirinya walaupun mereka pasangan kembar.

"Saya rasa ramai tak tahu kewujudan dia. Jadi saya nak kenalkan dia kepada semua.

"Karakter abang saya lagi baik daripada saya. Dia seorang yang lemah lembut dan pemalu, tak macam saya," ujarnya.

Leona dan Rees merupakan anak kepada pelakon Azhar Sulaiman dan Chempaka Emalin Pahamin.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain