suria

[V] Ellie Suriaty bukan cemburu bekas suami mahu kahwin, Azri Iskandar terima hakikat tiada jodoh

PELAKON Ellie Suriaty menegaskan tidak timbul isu cemburu apabila bekas suaminya iaitu Azri Iskandar memutuskan kembali berumah tangga sebelum ini.

Bahkan kata Ellie atau Ellie Suriaty Omar, 54, dia sendiri membantu menguruskan persiapan majlis pernikahan Azri yang sepatutnya berlangsung dengan usahawan dikenali sebagai Datuk Noora Kay.

"Kenapa saya perlu cemburu dengan mereka? Jika cemburu saya tidak bantu menguruskan perkahwinan mereka.

ellie 2

Ellie tidak bersetuju dengan beberapa permintaan Noora.

“Saya juga terkejut apabila dia (Noora) suruh saya tunggu di dewan untuk menyambut tetamu ketika ketika majlis pernikahan,” katanya ketika dihubungi mStar.

Ellie memberitahu Azri dalam keadaan tenang selepas cerita tidak jadi kahwin dengan Noora mendapat perhatian ramai.

"Saya melihat dia (Azri) hanya bertenang. Saya boleh katakan dia sudah menerima keadaan ini dan tidak terlalu mengejar untuk berkahwin," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Minta tunda pernikahan punca Azri Iskandar tak jadi kahwin, bukan sebab tak serasi dengan Datuk Noora

ARTIKEL BERKAITAN: Azri Iskandar tak jadi kahwin, Datuk Noora dedah mereka tak serasi

Dalam pada itu, Ellie tidak bersetuju dengan beberapa perkara ketika perbincangan berkaitan perkahwinan Azri dan Noora dilakukan dan menganggap ia berat sebelah.

Baginya Noora juga tidak memahami kerjaya Azri sebagai seorang anak seni yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran sebuah drama.

"Kami minta tangguh majlis sebab Azri sedang jalani penggambaran. Mungkin kesibukan Azri menyebabkan Noora ambil keputusan putuskan hubungan mereka.

Jika cemburu saya tidak bantu menguruskan perkahwinan mereka

ELLIE SURIATY

PELAKON

"Perbincangan kedua-dua belah pihak telah diadakan, namun bagi saya ia lebih kepada kena dengar cakap dia. Banyak perbincangan lebih ke arah Noora.

"Kami tidak setuju dengan permintaan jemputan hanya 150 orang. Ini bukan malam gala tayangan filem. Saya ini seorang pemain industri kreatif... kita mencipta drama namun dalam kehidupan sebenar saya tidak suka drama," ujarnya.

Sementara itu, Noora dalam temu bual bersama mStar sebelum ini memberitahu dia dan Azri masih mengekalkan hubungan baik meskipun hasrat untuk mendirikan rumah tangga bersama tidak kesampaian.

ellie 3

Ellie sebelum ini menerima baik hubungan Azri dan Noora.

Noora merupakan seorang usahawan yang juga ibu tunggal yang memiliki dua orang cahaya mata.

Azri dan Ellie pula bercerai talak satu pada 17 Mei 2022 selepas 19 tahun hidup bersama.

hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Azrell Omar, 19, dan Nur Azreen, 15 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain