suria

[V] Stacy nasihat Elle SMDX jaga mulut, biar dikenali sebab bakat bukan kontroversi

SEBAGAI seorang anak seni yang sudah berpengalaman dalam industri, penyanyi Stacy menasihati kumpulan SMDX agar lebih berhati-hati apabila menjawab sebarang persoalan tanpa perlu mencetuskan kontroversi.

Dalam hal ini, Stacy atau Ummu Shaikhah Stacy Anam, 34, berkata setiap artis juga perlu lebih peka dan sentiasa bersedia dengan jawapan lebih baik apabila berdepan dengan peminat.

"Datang dalam industri ini, kena bersedia dengan semua soalan. Berhati-hati dalam setiap kita buat baik dari segi perbuatan atau percakapan.

Copy of Untitled - 2024-05-27T113722.852

Stacy mengingatkan mereka untuk sentiasa peka dengan soalan ditanya.

"Biar orang kenal kita sebab bakat, bukan kontroversi yang tidak enak didengar," katanya ketika ditemui di konsert The Hardest Singing Show yang berlangsung di Kuala Lumpur pada malam Ahad.

Stacy berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai kontroversi seorang anggota kumpulan SMDX iaitu Elle yang sebelum ini mengeluarkan kenyataan mengundang rasa kurang senang ramai netizen.

Sementara itu, Stacy berkata mencipta kontroversi dengan cara sedemikian bukanlah satu perkara yang baik untuk seseorang artis.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengurusan SMDX tampil mohon maaf, padam komen buli dan memalukan

ARTIKEL BERKAITAN: “Who's that?” - Ahli kumpulan SMDX mengaku tak kenal Dolla, netizen kecam baru keluar satu lagu dah sombong

"Setiap orang ada kelas tersendiri. Tak kan masuk industri mahu glamor dengan gosip sedemikian? Tidak elok dengan cara begitu.

"Tunjukkan bakat dahulu kalau nak naik cara betul. Itu paling utama. Selancang mana pun mulut kena belajar untuk berdiam. Jangan main cakap sesuka hati," kongsinya.

Sebelum ini, nama Elle menjadi tumpuan ramai selepas dia memberitahu tidak mengenali kumpulan Dolla ketika menjawab pertanyaan netizen dalam satu sesi siaran langsung di laman TikTok miliknya.

Copy of Untitled - 2024-05-27T113948.061

Stacy mengulas isu yang melibatkan anggota SMDX iaitu Elle.

Kenyataan tersebut menimbulkan rasa kurang senang ramai peminat memandang Dolla sudah mencipta nama dalam industri lebih awal dan dikenali ramai.

Malah kemunculan kumpulan SMDX menerusi lagu Original Sabah juga mendapat kritikan ramai susulan penampilan mereka yang dianggap kurang bersesuaian.

Pihak pengurusan SMX iaitu XIOKK Entertainment kemudian tampil memohon maaf berhubung isu tersebut dan turut memadam komen di media sosial yang berbaur kecaman dan membuli anggota SMDX.

Selain Elle, SMDX juga dianggotai oleh Devegray dan Crystal.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain