suria

Ibu bapa Aril Pilus terlibat kemalangan jalan raya, ‘microsleep’ punca kereta terbabas

Aril bergegas pulang selepas terima khabar ibu bapa kemalangan.

PENYANYI Aril Pilus berkongsi perkembangan terkini ibu dan bapanya yang terlibat kemalangan jalan raya di Machap, Melaka pada Isnin.

Berkongsi keadaan terkini, Aril atau Khairil Azam Pilus, 39, memberitahu bapanya berada dalam keadaan baik, manakala ibunya pula terpaksa ditidurkan buat sementara waktu kerana mengalami kecederaan pada tulang bahu.

Malah, sehingga kini dia masih belum dibenarkan untuk melawat di hospital.

airil 1

Aril kongsi keadaan ibu bapa selepas kemalangan.

“Perkembangan terkini, ayah Alhamdulillah tiada apa-apa yang cedera, keadaan mak sekarang ditidurkan dan doktor tengah tarik tulang bahu sebab terkeluar dari landasan.

“Sekarang saya tak boleh masuk melawat lagi, mungkin ada bahagian yang patah.

“Lepas tarik bahu masukkan semula, mak sedar kemudian baru bole buat X-ray, nak periksa bahagian-bahagian lain kalau ada masalah dalaman atau patah mana-mana bahagian,” katanya menerusi satu hantaran di Instastory pada petang Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Aril Pilus buat ‘comeback’, promosi semula diri sebagai penari shuffle dalam lagu ‘Tak Sempurna’

ARTIKEL BERKAITAN: Gembira dalam duka... Isteri Aril Pilus masuk ICU selepas bersalin anak kedua

Dalam pada itu, Aril memaklumkan punca kemalangan itu berlaku disebabkan oleh microsleep (terlelap semasa memandu).

“Bila berusia dan tak cergas ni, microsleep paling bahaya, dan punca semua ni jadi sebab microsleep.

“Ayah terbabas dan langgar belakang van yang parkir tepi jalan dekat kawasan Machap, Melaka.

airil 2

Keadaan ibu dan kereta selepas kemalangan.

“Jadi hati-hati ya sahabat semua, kalau memandu rasa mengantuk, rehatlah dulu. Terlelap sekejap je, macam-macam boleh jadi. Doakan ibu dan bapa saya, amin,” jelasnya.

Sebelum ini, Aril memberitahu dia bergegas ke kampung halamannya selepas mendapat tahu mengenai kemalangan tersebut daripada ayahnya.

Menerusi Instastory, kereta perodua Bezza yang dinaiki ibu dan bapa penyanyi itu mengalami kerosakan di bahagian depan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain