suria

[V] Syamsul ada hubungi saudara terdekat kongsi luahan hati, Yusof Haslam yakin anak akan pulang

PENGARAH Datuk Yusof Haslam memaklumkan anaknya iaitu Syamsul Yusof ada menghubungi saudara terdekat dan berkongsi luahan mengenai hubungannya dengan keluarga.

Menurut Yusof, 70, dia tidak berkecil hati Syamsul masih belum pulang ke rumah dan berasakan anaknya itu masih lagi merajuk dengan mereka.

"Dia ada cakap dengan sepupu dan saudara mara kami yang dia sayangkan ibu dan ayahnya. Dia cakap nak balik tetapi sekarang masih lagi sibuk.

Yusof bersikap terbuka memberi masa buat Syamsul.

Yusof bersikap terbuka memberi masa buat Syamsul.

"Mungkin dia masih merajuk la agaknya. Sebagai mak ayah kita tak ambil hati tapi anak-anak ni lain sikit.

"Saya faham anak-anak ada jalur kehidupan mereka sendiri. Saya percaya apa yang disampaikan kepada sepupunya itulah suara hati sebenar dia," katanya kepada mStar.

Yusof berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas tayangan perdana Filem Sheriff yang diadakan di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur pada malam Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Buka puasa bersama bekas menantu, netizen puji Yusof Haslam dan isteri jaga hubungan tetap sayang Puteri Sarah

ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul mungkin masih merajuk, Yusof Haslam berdoa anak terbuka hati jumpa keluarga

Meskipun tidak pulang berhari raya bersama keluarga, Yusof percaya suatu hari nanti Syamsul pasti akan pulang bertemunya dan isteri iaitu Datin Patimah Ismail.

Buat masa ini, Yusof berkata dia mahu memberikan masa buat Syamsul, lebih-lebih lagi pengarah itu sedang sibuk dengan filem terbaharu berjudul The Original Gangster.

"Bagi saya sama ada dia balik atau tidak itu sudah tidak menjadi satu hal. InsyaAllah dia akan balik kerana saya dan isteri juga sudah terbuka serta tiada rasa marah.

Saya percaya apa yang disampaikan kepada sepupunya itulah suara hati sebenar dia.

YUSOF HASLAM

PENGARAH

"Saya percaya dia akan balik InsyaAllah. Berilah dia sedikit masa mungkin dia sedang sibuk sekarang.

"Tak mengapa saya pun tidak mahu menganggu dia. Sebagai ibu bapa, kalau kita yang mencari dia, rasa tak sedap pula," ujarnya.

Dalam pada itu, Yusof memberitahu dia dan isteri sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak sulung mereka.

"Saya dan isteri sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Syamsul. Walaupun Syamsul tidak bersama produksi saya, sebagai bapa yang berikan dia peluang sebagai pengarah daripada mula lagi.

"Saya doakan filem dia The Original Gangster mendapat sambutan ramai walaupun tidak bersama produksi saya lagi," katanya.

Yusof mendoakan kejayaan untuk filem terbaharu Syamsul.

Yusof mendoakan kejayaan untuk filem terbaharu Syamsul.

Untuk rekod, Syamsul sebelum ini mengumumkan dia bernikah dengan pelakon Ira Kazar di Thailand pada 6 Januari tahun lalu.

Pada 14 Jun 2023, Syamsul sah bercerai talak satu dengan aktres Puteri Sarah Liyana selepas 9 tahun mendirikan rumah tangga.

Yusof sebelum ini juga pernah memberitahu Syamsul sudah lama tidak pulang ke rumah tanpa mengetahui punca sebenar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain