suria

Puteri Sarah dan besan tetap keluarga sehingga akhir hayat - Patimah Ismail

Puteri Sarah menziarahi bekas mentua di Aidilfitri.

TERPUTUSNYA ikatan suami isteri di antara Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana tidak pernah membuatkan aktres itu melupakan keluarga bekas mentuanya.

Malah Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, tetap meraikan kedatangan Aidilfitri tahun ini dengan menziarahi ibu bapa dan keluarga bekas suaminya itu.

Berkongsi foto bersama di laman sosial, ibu Syamsul iaitu Datin Patimah Ismail turut menyifatkan aktres itu dan ibu bapanya iaitu Megat Kamaruddin Megat Shamsuddin dan Paridah Puteh merupakan menantu dan besan sehingga ke akhir hayat.

Ikatan silaturahim keluarga Sarah bersama mentua masih utuh.

Ikatan silaturahim keluarga Sarah bersama mentua masih utuh.

"Menantu dan besan sehingga akhir hayat kami," tulisnya.

Patimah berkongsi perkara itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, kedua-dua buah keluarga ini dilihat bahagia merakamkan foto mesra bersama-bersama.

ARTIKEL BERKAITAN: Buka puasa bersama bekas menantu, netizen puji Yusof Haslam dan isteri jaga hubungan tetap sayang Puteri Sarah

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas mentua datang acara sukan Syaikhul, Puteri Sarah sebak kenang anak-anak tetap disayangi

Pada Ramadan lalu, keakraban Puteri Sarah dan bekas mentua terus mendapat perhatian serta pujian netizen apabila mereka dilihat berbuka puasa bersama.

Kata Patimah, ikatan silaturahim yang dibina akan berkekalan selamanya demi cucu-cucu mereka.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 6 tahun.

Mereka bagaimanapun sah bercerai talak satu pada 14 Jun tahun lalu.

Pada Januari 2023, Syamsul mengumumkan sudah berkahwin dengan pelakon Ira Kazar di Thailand.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain