suria

Naik pesawat dari KL ke Langkawi seorang diri pada usia 9 tahun, netizen kagum keberanian anak lelaki Black Hanifah

Dayyan berjaya menaiki kapal terbang seorang diri dari Kuala Lumpur ke Pulau Langkawi.

ANAK lelaki penyanyi Black Hanifah membuatkan netizen kagum apabila berani menaiki kapal terbang seorang diri pada usia 9 tahun tanpa ditemani ibu bapanya.

Khaleef Dayyan menaiki penerbangan Malaysia Airlines dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Pulau Langkawi, Kedah bagi bertemu keluarganya yang sudah berada di sana terlebih dahulu.

Black atau Hanifah Muhammad Hanafiah, 37, memberitahu sebagai bapa dia kagum dengan keberanian Dayyan tambahan pula seorang diri berada dalam pesawat.

“Pertama kali anak bujang saya Dayyan menaiki kapal terbang seorang diri dari Kuala Lumpur ke Langkawi Seorang diri,” katanya.

NP-20

Netizen puji didikan Black dan isteri terhadap anak mereka.

Penyanyi itu berkongsi cerita tersebut melalui satu hantaran di Instagram pada Isnin.

Menerusi dua bahagian video yang dikongsi Black menunjukkan Dayyan merakam dirinya berada dalam pesawat selain sempat merakam pemandangan daripada luar tingkap ketika kapal terbang berlepas.

Dayyan yang memperlihatkan wajah ceria memberitahu keluarganya akan menjemputnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

“Hello semua, hari ini saya nak pergi ke Langkawi dan keluarga saya tunggu saya di lapangan terbang dekat sana. Saya bersendirian,” ujarnya.

Sementara itu, Black yang teruja menyambut ketibaan Dayyan terkejut apabila anak lelakinya itu sudah pun berada di pintu balai ketibaan sebelum mereke berpelukan.

ARTIKEL BERKAITAN: Black Hanifah mahu Dayyan ikut jejak langkah sebagai penyanyi tapi pendidikan nombor satu!

ARTIKEL BERKAITAN: “Kenapa iri hati dengan anak Melayu” - Black jawab tuduhan beli kapal mewah hasil wang haram

Turut dilihat petugas dipercayai kaki tangan Malaysia Airlines turut menemani Dayyan untuk diserahkan kepada keluarga.

Malah Black memberitahu ini merupakan tahun kedua mereka sekeluarga akan beraya di Langkawi.

“Tahun ni raya di Langkawi, ini merupakan tahun kedua beraya di sini,” jelasnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa kagum dan memuji keberanian Dayyan apabila kanak-kanak berusia 9 tahun mampu menaiki kapal terbang seorang diri tanpa ditemani keluarga.

NP-21

Black dan keluarga beraya di Langkawi buat tahun kedua.

“Hebatlah Dayyan! Saya nak naik kapal terbang ramai-ramai pun gugup lain macam inikan pula nak naik sorang-sorang.

“Saya pun tak berani naik kapal terbang sorang-sorang, awak hebatlah Dayyan.

“Bagus Black didik anak jadi berani, tapi Dayyan memang anak yang baik dan berani. Moga jadi insan yang hebat ya,” tulis netizen.

Untuk rekod, Black berkahwin dengan Naquia Yasirah atau Cira pada 13 September 2013.

Selain Dayyan, pasangan ini mempunyai seorang anak perempuan iaitu Rindu Dayyana yang kini berusia 6 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain