suria

Wani Kayrie berhabis wang 4 angka bawa keluarga pulang beraya di Sabah, makanan laut juadah istimewa 1 Syawal

Wani berhabis wang empat angka untuk membawa pulang keluarga ke Sabah.

PENYANYI dan pelakon Wani Kayrie memberitahu dia dan keluarga pernah tidak pulang berhari raya di Sandakan, Sabah kerana kurang berkemampuan.

Wani atau Syazwani Abdullah, 24, berkata, kos penerbangan ke Sabah yang tinggi apatah lagi apabila tiba musim perayaan membuatkan dia dan keluarga pasrah menyambut lebaran di perantauan.

Disebabkan pengalaman itu, Wani faham perasaan mereka yang tidak dapat pulang ke kampung disebabkan tidak mampu membeli tiket penerbangan.

wani2 - 1

Wani tidak menafikan kos pulang ke Sabah adalah sangat tinggi.

"Sebenarnya saya tumpang simpati juga sebab saya pernah berada dalam situasi mereka. Ibu saya sibuk bekerja dan dia tidak dapat beraya dengan keluarga di kampung.

"Itu membuatkan saya tekad untuk bekerja keras bagi membalas jasa ibu dengan cara bawa dia balik kampung, bergembira bersama keluarganya di sana.

"Melihat orang Sabah tak dapat balik kampung membuatkan saya berasa kasihan tapi itulah nasib masing-masing dan saya juga pernah merasainya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wani Kayrie tak memilih soal jodoh, lelaki pakai kereta jenama tempatan pun okay... "Yang penting usaha dan rajin"

ARTIKEL BERKAITAN: Faham derita ditanggung Bella Astillah, Wani Kayrie tak tahu rasa ujian rumah tangga - "Saya pun belum kahwin"

"Insya-Allah rezeki mereka akan datang suatu hari nanti," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Kamu Kamu ini berkongsi jika dikurniakan rezeki lebih dia pasti akan membawa empat anggota keluarganya pulang ke Sabah setiap kali menyambut Aidilfitri.

Kata Wani, dia sudah membeli tiket pesawat buat ahli keluarga sejak tahun lalu namun harganya masih mencecah empat angka.

Jika ada rezeki lebih saya akan belanja keluarga pulang ke kampung walaupun tiket mahal.

WANI KAYRIE

PENYANYI & PELAKON

"Rayakan setahun sekali, jadi saya memang akan balik ke Sabah. Saya mengeluarkan wang sebanyak empat angka juga untuk bawa keluarga pulang ke kampung.

"Setiap tahun memang saya berniat sekiranya ada rezeki lebih, saya akan belanja keluarga pulang ke kampung walaupun tiket mahal.

"Saya memang sudah tempat tiket penerbangan sejak tahun lepas lagi. Kami kalau boleh akan tempah setahun awal tapi memang harganya masih mahal lagi," ujarnya.

wani1 - 1

Wani berkongsi keterujaan menyambut Aidilfitri di kampung halaman.

Bercerita lanjut tentang keterujaan menyambut Aidilfitri di Sabah, Wani tidak sabar untuk keliling kampung menaiki kereta pacuan empat roda menziarahi jiran tetangga di pagi raya.

Malah dia turut merindui hidang istimewa iaitu makanan laut yang disajikan pada 1 Syawal.

"Kami akan duduk di belakang Hilux sambi berdiri pergi beraya rumah ke rumah. Itu paling saya nantikan setiap kali pulang ke kampung.

"Hari raya pertama kami makan makanan laut. Menu wajib yang saya akan minta ibu masakkan adalah ketam sambal," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain