suria

Amelia Christie menitis air mata selepas dipeluk sahabat, peminat sebak siap doa jumpa jodoh baik

Amelia tidak dapat menahan sebak sehingga mengalirkan air mata.

PELAKON Amelia Christie tidak dapat menahan sedih apabila mengalirkan air mata selepas menerima pelukan sokongan daripada seorang rakan.

Menerusi perkongsian video di aplikasi TikTok, pengasas produk kecantikan yang dikenali sebagai Dini Qistina memberikan kata-kata semangat buat pelakon itu selepas didakwa putus cinta.

"Dari kisah Amelia, mencintai seseorang tidak semestinya kita memiliki. Kadang-kadang kita harus lepaskannya untuk kebahagiaannya.

Amelia mengakui dirinya kini single.

Amelia mengakui dirinya kini single.

"Siapa yang pernah lalui sahaja yang tahu macam mana rasanya (putus cinta)," tulisnya.

Amelia atau Amelia Christie Lim, 24, dilihat menyambut mesra pelukan tersebut dengan linangan air mata.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan sokongan buat pelakon drama Budak Hostel Otaknya Sewel ini dan mendoakan agar Amelia dipertemukan dengan pengganti yang lebih baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Amelia Christie kembali single, cari lelaki baik hati dan sopan santun

ARTIKEL BERKAITAN: Mula kehidupan baharu, Amelia Christie fokus cintai diri sendiri

"Sabar ya Amelia ramai lagi lelaki yang lebih baik untuk awak.

"Amelia carilah lelaki single, cipta kenangan segar bersama. Awak berhak mendapat lelaki lebih baik," tulis netizen.

Sebelum ini, Amelia memaklumkan dia sudah tidak mempunyai sebarang hubungan dengan pelakon Sharnaaz Ahmad.

Kata Amelia, dia kini kembali solo malah tidak mempunyai masalah menjawab pertanyaan mengenai status hubungannya.

Amelia dan Sharnaaz pernah akrab sebelum ini.

Amelia dan Sharnaaz pernah akrab sebelum ini.

Sementara itu, ketika ditemu bual mStar, Sharnaaz memilih tidak memberi sebarang komen berkaitan hal peribadi susulan dia dan Amelia saling 'unfollow' akaun Instagram.

Aktor itu sebaliknya memberitahu hubungannya dengan Amelia dalam keadaan baik selain ingin memberi fokus terhadap karier dan anak lelaki tunggalnya iaitu Jebat Jayden.

Bagaimanapun kenyataan Sharnaaz mengundang rasa kurang senang netizen apabila menyifatkan aktor itu seperti mempermainkan hati Amelia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain