suria

Akaun TikTok hilang sekelip mata, Aiman Tino rasa macam kena pukau

Aiman tidak menyangka dia menjadi mangsa.

BAGAIKAN dipukau, penyanyi Aiman Tino memberitahu akuan TikTok miliknya hilang dalam sekelip mata gara-gara perbuatan penggodam.

Kata Aiman atau Muhammad Aiman Yusri, 26, dia menerima mesej di platform berkenaan yang memberitahu ingin berkongsi rezeki sebelum akaunnya digodam sehingga tidak boleh diakses lagi.

"Perkara ini baru terjadi tadi (Isnin), ada akaun TikTok yang sudah kena godam mesej saya kononnya mahu berkongsi coins. Kemudian dia hubungi di Whatapps minta kod TikTok saya pula.

aiman tino 1

Aiman kongsi nombor telefon pelaku di media sosialnya.

"Ia ini terjadi dalam sekelip mata. Saya rasa macam kena pukau sebab berikan cod untuk akses ke akaun tersebut.

"Bukannya pertama kali terima mesek begini, tetapi hari ini entah kenapa saya boleh terkena," katanya ketika dihubungi mStar.

Aiman terdahulu berkongsi perkara tersebut di Instastory miliknya berserta tangkap layar maklumat panggilan yang diterima.

Tambahnya lagi, individu berkenaan turut menghubunginya dan meminta bayaran sebanyak RM500 bagi mengembalikan akaun miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tuntut hutang RM8,000 dari penganjur tak berhasil, Aiman Tino kena perli pula di status WhatsApp... Beri tempoh 7 hari atau berdepan tindakan

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat Kelantan ugut bunuh diri jika tak jadi isteri kedua Aiman Tino, ibu buat laporan polis

"Dia yang hubungi dan minta duit sekiranya saya mahukan akaun itu kembali. Dia siap ugut konon ada kejutan yang bakal didedahkan.

"Mestilah saya tidak percaya... belum tentu dia akan kembalikan akaun TikTok saya.

"Dari perbualan tadi gayanya seorang lelaki lingkungan usia 20-an," ujarnya.

Menurut Aiman, perbuatan penggodam sebegini boleh memberi kesan kepadanya kerana akaun media sosial itu juga menjadi platform untuk dia menjalankan perniagaan.

aiman tino 3

Aiman tak teragak-agak untuk buat laporan polis.

Aiman kini sedang berusaha mendapatkan maklumat tentang individu berkenaan dan tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis.

"Saya cuba dapatkan bantuan rakan-rakan yang pakar bagi mendapatkan maklumat tentang individu tersebut. Kalau ada mungkin saya boleh buat laporan.

"Akaun TikTok itu penting kerana di situ juga saya jalankan urusan perniagaan," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain