suria

Raf Yaakob setia sepanjang bersama Mawar, foto wanita bertudung bukan kekasih tapi gimik

Raf mendedahkan foto wanita yang dimuat naik hanya sekadar gimik.

SUSULAN memuat naik foto bersama seorang wanita, bekas suami pelakon Mawar Rashid menjelaskan ia hanya sekadar gimik pelancaran produk terbaharu keluarannya.

Raf atau Raden Ahmad Faizal Yaakob, 39, berkata, dia menjelaskan perkara itu selepas netizen mengecam dia terlalu cepat bertemu pengganti selepas bercerai dengan Mawar pada November tahun lalu.

"Sekarang ini sudah terjawab video yang saya muat naik tempoh hari hanyalah gimik semata-mata untuk pelancaran produk terbaharu saya.

"Segala gambar, video terutamanya kapsyen hanyalah sekadar gimik yang tidak membawa apa-apa makna.

Raf mengakui dia seorang lelaki setia.

Raf mengakui dia seorang lelaki setia.

"Ramai netizen yang membuat andaian, makian, tohmahan dan fitnah ke atas diri saya," katanya.

Raf berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Raf sempat menegaskan sepanjang perkahwinannya bersama Mawar, dia tidak mempunyai wanita lain kerana dia seorang lelaki setia.

ARTIKEL BERKAITAN: Panjang lebar Raf Yaakob cerita jumpa ‘kekasih’ lama, rupanya cakap fasal Nissan Skyline R35 GTR

ARTIKEL BERKAITAN: Jodoh ketentuan Allah, Raf Yaakob tak tolak kembali bersatu dengan Mawar Rashid

Tambah Raf, dia percaya dengan ketentuan takdir ditetapkan dan reda dengan setiap ujian yang diterima.

"Jodoh itu rahsia Allah. Siapa yang mahukan perpisahan. Kalau Allah sudah kata jodoh hanya setakat itu saya terima, pasrah dan reda.

"Apa yang saya tahu sepanjang perkahwinan saya, saya tidak mempunyai orang lain dan saya seorang yang setia," ujarnya.

Sebelum ini, Raf memuat naik foto seorang wanita bertudung yang wajahnya ditutupi dengan emoji cinta berwarna putih.

2402929

Raf dan Mawar bercerai pada November tahun lalu.

Perkongsian tersebut menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen dan bertanyakan sama ada lelaki itu sudah bertemu dengan pilihan hati.

Untuk rekod, Raf dan Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid. 29, mendirikan rumah tangga pada 2017.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Riyanna Sayang yang kini berusia 10 bulan.

Bagaimanapun, Mawar mengesahkan sudah bercerai dengan Raf pada November tahun lalu disebabkan sudah tiada persefahaman.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain