suria

Hargai sokongan peminat, Tomok umum konsert istimewa New Boyz sempena ulang tahun ke-25

New Boyz bakal beraksi di Dewan Plenary, KLCC.

SELEPAS kejayaan konsert New Boyz Sejarah Mungkin Berulang pada Februari tahun lalu, kumpulan pop 90-an itu bakal menganjurkan satu lagi persembahan istimewa sempena ulang tahun ke-25.

Vokalis New Boyz iaitu Tomok atau Shah Indrawan Ismail, 40, memaklumkan berita gembira itu menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya baru-baru ini.

Kata Tomok, penganjuran konsert New Boyz 25th Anniversary ini merupakan hadiah buat peminat yang selama ini menjadi tulang belakang sepanjang 25 tahun mereka bergelar anak seni.

NB - 1

New Boyz menghargai setiap sokongan peminat.

"Tak mampu saya nak simpan rahsia ini lagi. Oleh kerana sambutan luar biasa pada konsert tahun lalu yang kami adakan selama dua hari, kami teruja untuk mengadakan konsert New Boyz 25th Anniversary Live In Kuala Lumpur di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)," katanya.

Dalam pada itu, Tomok turut memberitahu kejayaan konsert sebelum ini membuktikan bahawa peminat New Boyz masih lagi memberikan sokongan terhadap kerjaya seni mereka.

Selepas sekian lama menyepi, kemunculan semula kumpulan tersebut masih lagi mendapat perhatian peminat.

ARTIKEL BERKAITAN: Tomok hampir 'meraung'... Dewan konsert bergema suara peminat, imbau nostalgia kemuncak populariti New Boyz

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Konsert New Boyz 'sold out' dalam masa 24 jam, Tomok dedah keluar wang sendiri demi hiburkan peminat

"Kejayaan konsert pada tahun lalu membuktikan bahawa peminat masih utuh di belakang kami.

"Comeback kami diterima dengan sangat baik dan kami ingin menghadiahkan sebuah lagu konsert kepada semua yang menghargai kami. Semoga konsert ini dapat mengubati kerinduan semua," ujarnya.

Konsert New Boyz 25th Anniversary Live In Kuala Lumpur bakal berlangsung pada 13 Julai depan dan tiket boleh didapati bermula Isnin ini.

Harga tiket bermula serendah RM78 hingga RM498.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain