suria

Sering dikaitkan dengan selebriti wanita, Meerqeen dah penat nak jawab gosip cinta

SERING dikaitkan dengan selebriti wanita, pelakon Meerqeen memberitahu dia sudah menganggap khabar angin serta gosip itu suatu hal biasa buat dirinya.

Kata Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 23, dia juga sudah penat untuk menjelaskan perkara sebenar mengenai hubungannya dengan mana-mana rakan artis.

"Rasanya saya dikenenkan dengan semua orang... dulu mungkin rimas sekarang macam dah biasa.

meerqeen 1

Meerqeen akan kongsi kalau sudah ada kekasih hati.

"Sudah penat nak terangkan dekat orang. Sampai ada satu tahap saya dah malas nak jelaskan apa-apa," katanya kepada mStar.

Meerqeen berkata demikian ketika ditemui di Anugerah Telenovela ke-9 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (PWTC) pada malam Jumaat.

Kata Meerqeen lagi, dia sudah tidak ambil peduli dengan pertanyaan orang meskipun ia datang dari rakan-rakan terdekatnya.

Malah dia hanya akan berkongsi mengenai hubungan apabila hatinya sudah benar-benar dimiliki.

ARTIKEL BERKAITAN: Meerqeen, Sophia Albarakbah ungguli Anugerah Telenovela ke-9, rangkul trofi Bintang dan Ratu Telenovela

ARTIKEL BERKAITAN: Serba tak kena! Fesyen Meerqeen di pembukaan butik mewah pula dikritik... “Sebagai duta saya perlu pakai koleksi mereka”

"Saya tak risau pun kalau orang bertanya sebab ramai rakan-rakan sekolah saya bertanya... saya dengan dia ke?

"Kalau saya dengan seseorang saya akan beritahu mereka dahulu.

"Keluarga saya tak tanya pun, mereka sentiasa okay saja. Yang paling penting sikap dengan keluarga," katanya lagi.

Berkongsi mengenai hubunganya bersama adik selebriti Neelofa iaitu Ameera Khan, Meerqeen memberitahu hubungan mereka hanya sekadar sahabat.

Dia seorang kawan yang baik dan penyayang.

MEERQEEN

PELAKON

Dia juga menyifatkan Ameera seorang rakan yang baik memandangkan mereka telah lama berkenalan.

"Saya dan Ameera Khan hanya berkawan sejak 2018 dan tak lebih dari itu.

"Dia seorang kawan yang baik, penyayang... ambil berat," ujarnya.

Sementara itu, Meerqeen menganggap kemenangan Bintang Telenevola adalah satu permulaan baharu buat dirinya.

meerqeen 3

Meerqeen raih dua trofi pada malam Anugerah Telenovela ke-9.

Kata Meerqeen dia tidak mengharapkan kemenangan itu kerana menganggap peminat-peminatnya merupakan anugerah terbaik buat dirinya selama bergelar anak seni.

"Bukan trofi yang utama tapi peminat saya. Menang ke tak menang saya okay saja.

"Tapi trofi juga penting untuk membakar semangat saya selepas ini," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain