suria

[V] Sarimah Ahmad dedah derita kanser usus, kesan penyakit selepas pengsan dalam bilik air

SENIWATI Datuk Sarimah Ahmad mendedahkan menderita kanser kolon atau usus tahap tiga pada selepas disahkan menghidap penyakit itu dua tahun lalu.

Sarimah, 82, berkata, penyakit tersebut diketahui apabila mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan selepas dia ditemui pengsan di dalam bilik air oleh anaknya.

Bagaimanapun, Sarimah memaklumkan dia kini sudah bebas daripada kanser tersebut selepas melakukan pembedahan.

sarimah ahmad 2

Sarimah pernah menghidap kansert tahap tiga.

“2022 saya disahkan kanser kolon (usus). Sebenarnya saya sudah rasa (sakit) lama, macam-macam sakit. Tapi saya tidak tahu.

“Awalnya pergi ke satu pusat perubatan di Shah Alam, doktor kata tiada apa. Cuma beri ubat. Saya dapat tahu kena kanser apabila saya pengsan sebab kepala sangat sakit.

“Kemudian anak saya naik atas, nampak saya sudah pengsan. Anak saya yang bongsu bawa saya pergi hospital.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Margaret Gan tiada masalah kesihatan, masih memandu di usia 81 tahun... Tunggu produksi panggil berlakon

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah derita kanser rahim, Mak Jah bersyukur tidak minta bantuan orang... Pesan rakan artis bijak urus kewangan

“Kemudian buat pemeriksaan dan disahkan kanser kolon peringkat ketiga,” katanya kepada mStar.

Sarimah memaklumkan perkara itu selepas ditemui pada Program Ziarah Madani oleh Setiausaha Politik II Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi.

Mengenang kembali perkara tersebut, Sarimah berkata, dia menghabiskan sebanyak RM60,000 wang simpanannya untuk kos rawatan kanser.

Sekarang masih rasa sakit sebab saya bukan kena kanser sahaja, saya ada ulser

DATUK SARIMAH AHMAD

PELAKON

Meskipun ada pihak pernah menawarkan tajaan menanggung sepenuhnya kos rawatan tersebut, Sarimah enggan menerimanya.

“Ada sahaja orang nak sponsor, tapi saya tidak mahu sebab ketika itu kena tukar hospital (untuk tajaan).

“Ada juga yang suruh iklankan ke dalam surat khabar, tapi saya tidak mahu. Selagi saya daya, saya tidak mahu menagih simpati,” ujarnya.

sarimah ahmad 3

Sarimah enggan tagih simpati rayu tajaan perubatan ketika sakit.

Tambah Sarimah, dia masih berasa sakit di bahagian perut walaupun doktor sudah mengesahkan dia kini sudah pulih.

“Sekarang masih rasa sakit sebab saya bukan kena kanser sahaja, saya ada ulser. Doktor maklumkan saya sudah pulih (selepas pembedahan),” katanya.

Kongsinya lagi, dia mengamalkan makanan sihat untuk menjaga kesihatannya seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.

"Saya memutuskan untuk tidak menjalani rawatan kimoterapi. Memang saya tak mahu, Disebabkan itu, saya hanya menjaga pemakanan.

"Antara makanan yang banyak saya ambil adalah salad, buah naga, avocado, madu, salad, telur ayam kampung dan beberapa kekacang," ujarnya.

Terdahulu, Sarimah juga pernah disahkan menghidap kanser sinus pada 2011 dan sudah kembali pulih.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain