suria

Guna suara dan wajah artis terkenal jual seluar dalam, Zed Zaidi minta hati-hati pihak salah guna AI

Zed kongsi pengalaman artis menjadi mangsa AI.

ORANG ramai diminta tidak mudah terpedaya dengan taktik segelintir pihak yang menggunakan Artificial Intellgence (AI) menggunakan suara dan wajah selebriti bagi menjual produk.

Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi berkata, pihaknya ada menerima aduan daripada seorang selebriti mengenai pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan terhadap popularitinya.

Kata Zed, pihak berkenaan meniru suara dan wajah selebriti berkenaan bagi menjual pakaian dalam di media sosial.

553 (8)

Zed harap orang ramai peka dengan bahaya AI.

"Perhatian! Perhatian kepada korang semua tentang bahayanya AI terutamanya mereka-mereka yang menyalahgunakan AI ini.

"Baru-baru ini ada dapat aduan daripada seorang artis terkenal orang gunakan suara dan mukanya untuk menjual barang. Tahu apa barang itu? Dia jual spender (seluar dalam).

"Dia menggunakan AI ini tiru suara artis dan dalam asa sama tiru juga wajah artis itu untuk jual spender. Jadi hati-hati dengan AI ini," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Zed Zaidi tegur pelakon main cinta di lokasi, Seniman tiada kuasa minta stesen TV gam artis bermasalah

ARTIKEL BERKAITAN: Rakus! Foto AI selebriti wanita bogel tular, artis bertudung pun jadi mangsa

Zed berkongsi perkara itu menerusi akuan TikTok miliknya pada Sabtu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengakui mereka terpengaruh dengan penipuan tersebut.

Malah mereka juga menyebut beberapa nama selebriti yang dikatakan menjadi mangsa penggunaan AI kerana pernah melihat video artis berkenaan mempromosikan produk tersebut.

zed 2

Ramai kongsi pengalaman hampir ditipu dengan AI pada Zed.

"Datuk Siti Nurhaliza, Lisa Surihani, Aaron Aziz pun ada. Muka sama tapi mulut tak bergerak macam dialog.

"Bila tengok artis menjual dengan aku terbeli sekali. Suara sebiji sama!," antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain