suria

Iqbal Zulkefli nak ambil anak angkat India, netizen sindir suruh kahwin Inspektor Shiela

Netizen minta Iqbal berkahwin dengan Inspektor Sheila.

USAHAWAN sensasi Iqbal Zulkefli meluahkan hasrat mahu mengambil seorang lagi anak angkat untuk dijaga.

Bagaimanapun kata Iqbal atau Ahmad Iqbal Zulkefli, 30, kali ini dia mencari bayi berbangsa India sebagai anak angkat keduanya.

Kata Iqbal, dia mencari bayi berbangsa India bukan disebabkan mahu populariti sebaliknya ikhlas mahu membesarkan bayi tersebut.

iqbal 2

Iqbal buktikan mampu jaga Ziyad dengan baik.

"Sebagaimana saya membesarkan Ziyad (anak angkat pertama) sejak usia tiga hari sampailah hampir dua tahun usianya. Setiap hari dengan saya.

"Sekarang saya mempunyai hajat baru untuk memiliki seorang lagi anak angkat berbangsa India.

"Ini bukan satu perkara untuk menarik perhatian atau content untuk viral," katanya.

Iqbal berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada petang Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Iqbal Zulkefli tak terkejut adik bercerai, dah setahun putus hubungan dengan keluarga... “Memang dari awal kahwin rumit”

ARTIKEL BERKAITAN: Dah lama cari teman hidup, Iqbal Zulkefli mahu lamar Inspektor Sheila jadi kekasih... “Lagi garang lagi saya suka”

Dalam pada itu, Iqbal juga meminta pada pengikutnya untuk membantu dirinya merealisasikan impiannya itu.

Malah dia berjanji akan menjaga bayi itu kelak dengan baik seperti mana anak angkat pertamanya iaitu Ahmad Ziyad.

"Dengan apa cara sekali pun minta jasa baik masyarkat siapa dapat tolong, boleh hubungi saya di media sosial saya.

"Insya-Allah saya cuba terbaik, sehabis baik yang boleh untuk menjaganya, insya-Allah.

iqbal 3

Iqbal kerap kongsi gelagat Ziyad di media sosial.

"Tahun depan, Ziyad pun saya akan hantar masuk sekolah," luahnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut menunjukkan minat untuk menjadi anak angkatnya.

Mereka juga menyarankan Iqbal untuk berkahwin dengan Inspektor Shiela memandangkan sebelum ini pasangan itu pernah berkenalan.

"Kahwin dengan Inspektor Shiela, insya-Allah dapat anak sendiri. Pahala lagi lebih.

"Lebih baik cari orang Islam lebih mudah untuk didik. Saya pun boleh jadi anak angkat juga," antara komen netizen.

Untuk rekod, Iqbal mengambil Ziyad sebagai anak angkat pada April 2022.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain